Harian Metro

Suara semanis Saleem

„ Anak penyanyi bertugas sebagai anggota bomba terima banyak jemputan menyanyi selepas video tular di laman sosial

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

“Sejak video nyanyian menjadi tular di laman sosial, saya menerima banyak jemputan menyanyi di luar seperti kenduri kahwin dan peluang itu diibarat rezeki untuk mencari pendapatan sampingan,” kata Nursyafiq Farhain A M Salim, 23, anak kepada penyanyi Saleem.

Nursyafiq Farhain yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau mengakui kehadirann­ya ketika membuat persembaha­n menjadi perhatian ramai sejak kebelakang­an ini.

“Saya akui menerima banyak jemputan dan lebih dikenali sejak video aplikasi Smule itu menjadi tular.

“Jika diikutkan, tiada banyak perbezaan cuma saya perlu berhati-hati ketika berada di luar kerana saya bukan saja membawa nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), tetapi nama keluarga,” katanya yang ditemui selepas membuat persembaha­n pada Majlis Tamat Latihan Kursus Diploma Sains Kebombaan Siri 1/2016 dan Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 2/2016 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, di sini, kelmarin.

Ketika ditanya mengenai nyanyianny­a yang dibayangi ayah, anak keempat daripada lima beradik itu menyerahka­n kepada masyarakat untuk membuat penilaian.

“Saya anaknya dan sudah tentu dibayangi ayah tetapi biarlah masyarakat menilai sendiri. Lagipun, saya menyanyi kerana minat,” katanya.

Menurut Nursyafiq Farhain, dia bersyukur kerana pihak atasan JBPM memberi sokongan terhadap minatnya yang suka menyanyi selagi ia tidak mengganggu tanggungja­wab sebagai anggota bomba dan penyelamat.

“Saya bekerja mengikut syif seperti anggota lain dan saya hanya menyanyi apabila tidak bertugas. Setakat ini, minat ini tidak mengganggu kerjaya saya.

“Lagipun saya sayangkan kerjaya sebagai anggota JBPM dan tidak terfikir untuk menceburi bidang nyanyian secara serius seperti ayah,” katanya.

Sebelum ini, nyanyianny­a menjadi bualan netizen selepas video aplikasi Smule yang menampilka­n dia menyanyika­n lagu ‘Mimpi Yang Pulang’ menjadi tular.

Nursyafiq Farhain juga menyertai kumpulan muzik yang terdiri daripada anggota JBPM dikenali sebagai Fire Fingers JDT sebagai penyanyi utama dan sering membuat persembaha­n pada majlis rasmi jabatan berkenaan.

 ??  ?? NURSYAFIQ membuat persembaha­n di Akademi Bomba Dan Penyelamat di Wakaf Tapai, Marang.
NURSYAFIQ membuat persembaha­n di Akademi Bomba Dan Penyelamat di Wakaf Tapai, Marang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia