Harian Metro

‘Biar dia rasa’

„ Isteri mangsa nahas maut lawan arus lega jika pemandu remaja terima hukuman mati

- Nor Farhani Che Ad am@hmetro.com.my

“Dia (suspek) patut rasa apa yang kami rasa apabila kehilangan nyawa dan dia patut dihukum dengan berat atas kesalahann­ya itu.

“Jika hukuman mati setimpal dengan kesalahann­ya, saya terima keputusan itu.”

Itu kata Norasikin Abdul Halim, 26, isteri Allahyarha­m Mohamad Fandi Rosli, 26, yang terbunuh dalam kemalangan akibat perbuatan remaja berusia 19 tahun yang memandu melawan arus di Kilometer 134, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Permatang

Pauh, 14 Mac lalu.

Norasikin lega selepas mengetahui berita mengenai siasatan terhadap suspek dilakukan menjurus kepada Seksyen 302, Kanun Keseksaan selepas mendapat arahan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya negeri.

“Berita ini memberi kelegaan buat kami sekeluarga yang masih bersedih atas kehilangan arwah.

“Saya ha- rap pihak berkuasa memberi hukuman setimpal terhadap tertuduh bagi membela kematian suami,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye dalam satu kenyataan berkata, kertas siasatan lengkap mengenai model sambilan yang memandu melawan arus dan menyebabka­n kematian juruteknik pada 14 Mac lalu diserahkan kali kedua kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Katanya, polis menunggu jawapan bagi memastikan sama ada kes berkenaan dibuat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan atau kekal mengikut Seksyen 44, Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? NG Pei Ven yang dituduh memandu melawan arus dan mengakibat­kan kematian Mohamad Fandi dalam kejadian 14 Mac lalu.
NG Pei Ven yang dituduh memandu melawan arus dan mengakibat­kan kematian Mohamad Fandi dalam kejadian 14 Mac lalu.
 ??  ?? NORASI KI N
NORASI KI N
 ??  ?? Metro 15 Mac lalu. LAPORAN Harian
Metro 15 Mac lalu. LAPORAN Harian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia