Harian Metro

Buru lelaki tetak isteri enggan pindah

-

Kami masih mengenal pasti sama ada suspek berada di bawah pengaruh alkohol ataupun dadah Abdul Aziz

Kuantan: Polis sedang memburu seorang lelaki yang menetak isterinya akibat perselisih­an faham dalam kejadian di sebuah rumah, di sini, Ahad lalu.

Suspek berusia 28 tahun dipercayai melarikan diri ke Singapura dengan menaiki bas sejurus selepas kejadian.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, isteri suspek masih berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan menerima hampir 20 jahitan di jari kiri dan kepala.

“Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HTAA.

“Kami masih mengenal pasti sama ada suspek berada di bawah pengaruh alkohol ataupun dadah ketika kejadian,” katanya.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa berusia 29 tahun ditetak di kepala dengan pisau pemotong sayur di bilik air di rumah ibunya.

Suspek bertindak demikian kerana berang selepas mangsa tidak bersetuju dengan cadanganny­a untuk berpindah dari rumah keluarga mentua dan mangsa berkeras terus tinggal di rumah itu.

Abdul Aziz berkata, laporan kejadian itu dibuat ibu mangsa berusia 50 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Isnin lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia