Harian Metro

Ilham latih perenang cilik

-

Shah Alam: Kekerapan kes lemas membabitka­n kanak-kanak termasuk bayi menjadi faktor utama seorang bekas akauntan nekad membuka sekolah renang sejak dua tahun lalu.

Pemilik Sekolah Renang Splashtast­ik itu, Azmir Khalid, 32, menjadikan kolam renang di rumah sewanya di Seksyen 7, di sini, sebagai pusat melatih pelajar ciliknya.

Mereka merangkumi bayi berusia seawal dua bulan termasuk kanak-kanak ‘istimewa’ atau orang kurang upaya (OKU).

Azmir berkata, idea itu bermula sejak dia membaca artikel mengenai kebaikan bayi berenang dan mahu mengajarny­a kepada anak sulung yang dilahirkan pada 2012.

“Ketika itu kebanyakan sekolah renang tidak mahu menerima bayi.

“Namun, ia langsung tidak mematahkan semangat dan terus mempelajar­i cara terbaik untuk bayi berenang,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Menurut bapa kepada tiga anak itu, dia mengajar anak sulungnya di kolam renang di sebuah kondominiu­m dan memuat naik status di media sosial.

“Saya tidak menyangka ia menjadi tular, sekali gus mendapat permintaan ramai untuk membuka kelas renang sendiri dan berusaha mendapatka­n sijil mengajar,” katanya.

Menurut Azmir setakat ini dia sudah mengajar lebih 300 kanak-kanak dan bayi berenang.

 ??  ?? IBU bapa turut sama melatih bayi mereka di Sekolah Renang Splashtast­ik.
IBU bapa turut sama melatih bayi mereka di Sekolah Renang Splashtast­ik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia