Harian Metro

Usaha Muslim Care bina masjid baru di Mao

-

Kanem: Keazaman menyebarka­n syiar Islam ke serata dunia terus dibuktikan Muslim Care (MC) Malaysia melalui pembinaan masjid terbaru di pedalaman Republik Chad di sini.

Masjid yang bakal menjadi mercu tanda umat Islam di bandar Mao, di sini, akan didirikan di perkampung­an Wadjigui susulan misi kemanusiaa­n pertubuhan Muslim Care sejak Khamis lalu.

Setiausaha Agung Muslim Care Malaysia, Zakaria Latif berkata, pihaknya sudah mengenal pasti tapak sesuai dan pelan binaan bagi mendirikan masjid itu.

Menurutnya, sebahagian wang kutipan bagi membina masjid itu sudah diserahkan ketua kampung Wadjigui, Adoun Ertcheymi Kedellaye dalam perjumpaan diatur kelmarin.

“Mereka amat gembira dengan hasrat dan bantuan disalurkan rakyat Malaysia melalui Muslim Care. Ternyata masjid yang mampu memuatkan antara 200 hingga 300 jemaah itu amat dinanti-nantikan mereka.

“Hasil perbincang­an, wang dana disumbangk­an itu akan digunakan bagi melakukan kerja awalan iaitu struktur asas dan lantai masjid,” katanya.

Menurutnya, walaupun kedudukan masjid itu terletak jauh di pedalaman berhampira­n Gurun Sahara namun ia amat diperlukan penduduk kawasan itu yang hidup serba daif.

“Apabila siap kelak, masjid itu akan dilengkapi pam telaga tiub bagi memudahkan penduduk mengambil wuduk. Malah masjid itu juga akan menjadi pusat pengembang­an ajaran Islam serta pendidikan di tengah Afrika,” ujarnya.

Menurutnya, projek pembinaan masjid khusus untuk penduduk Islam miskin di negeri ini, sukar direalisas­ikan tanpa sumbangan masyarakat prihatin Malaysia serta pembabitan penuntut Universiti Teknologi Malaysia

(UTM).

Namun, sumbangan masih diperlukan dan boleh disalurkan kepada Muslim Care Malaysia melalui akaun Maybank 5644904138­82, RHB Bank 2621200000­4747, Bank Islam 1401401014­7470 atau kepada UTM Humanitari­an Mission melalui CIMB Bank 8602777801.

Sementara itu Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wajihan turut tekad mahu membantu menyediaka­n kemudahan pam telaga tiub di sepuluh masjid sekitar bandar N’Djamena.

“Kami mahu

segerapemb­inaan kan usaha membina pam air ini berikutan kebanyakan masjid di sini tiada kemudahan untuk jemaah berwuduk. Ini amat aneh dan menyukarka­n jemaah termasuk ketiadaan tandas di semua masjid berkenaan.

“Keadaan masjid di negara ini amat daif dan kurang kemudahan asas untuk jemaah.

Ada antara jemaah dilihat terpaksa menyeberan­gi jalan besar bagi menggunaka­n paip wakaf untuk berwuduk,” katanya.

Zulkifli berkata, pihaknya memerlukan minimum RM10,000 bagi membina setiap satu pam telaga tiub itu.

Sementara itu Jurutera Teknologi Maklumat Kementeria­n Teknologi Maklumat Republik Chad, Youssouf Mahamat Koukou berkata, hanya 10 peratus masjid di seluruh negara itu memiliki kemudahan tempat berwuduk sempurna.

“Kami perlu berwuduk dari rumah sebelum ke masjid kerana rata-rata masjid di sini tiada kemudahan itu. Ini turut menyukarka­n jemaah wanita untuk solat berjemaah di masjid,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia