Harian Metro

Google kenang legenda kita

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Bersempena ulang tahun kelahiran Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee semalam, Google memberikan penghormat­an menerusi ‘doodle’ atau lakaran Seniman Agung itu pada enjin carian Internet itu.

Pengguna yang melayari laman web itu dapat melihat lakaran legenda seni tanah air dalam imej yang paling diingati iaitu bermisai nipis, tampil segak dengan sut petak serta kepalanya sedikit senget ke tepi.

Selain itu, ia memaparkan P Ramlee duduk di kerusi pengarah sambil memegang sehelai kertas di tangan kirinya, alat pembesar suara di tangan kanan dan sebuah gitar yang diletakkan di belakang kerusinya.

“Google ‘doodle’ hari ini (semalam) menonjolka­n kepelbagai­an seni legenda Malaysia terbabit yang melangkaui dunia hiburan dan memenangi hati rakyat,” menurut kenyataan laman web itu.

Sepanjang cuti persekolah­an ini, filem aksi J Revolusi terus mencatat kutipan memberangs­angkan iaitu sebanyak RM6 juta selepas tiga minggu tayangan.

Pengurus Besar Inovasi & Edaran, Primeworks Distributi­on Sdn Bhd, Marini Ramlan berkata, biarpun bulan ini mereka berdepan cabaran dengan filem Hollywood popular, tetapi J Revolusi terus menggegar pawagam apabila ia ditonton lebih 445,000 penonton.

“Sejak cuti persekolah­an bermula Jumaat lalu, kami menerima jumlah penonton yang ramai terutama di Kedah, Johor Bahru, Putrajaya dan Kuala Terengganu.

“Kami gembira dengan sokongan padu penonton

 ?? Marini Ramlan ?? Kami berharap warga Malaysia akan ke panggung wayang untuk menonton filem aksi mengetenga­hkan skuad elit PDRM iaitu UTK”
Marini Ramlan Kami berharap warga Malaysia akan ke panggung wayang untuk menonton filem aksi mengetenga­hkan skuad elit PDRM iaitu UTK”
 ??  ?? LAKARAN Seniman Agung pada enjin carian Google.
LAKARAN Seniman Agung pada enjin carian Google.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia