Harian Metro

Kepulan api karpet

- Rosliza Mohamed am@hmetro.com.my

„ Tindakan segera pekerja selamatkan bahagian bawah kedai permaidani daripada terbakar

“Nasib baik dia nampak asap dan bertindak segera. Jika tidak, tentu kerugian saya lebih banyak,” kata peniaga permaidani, Sitti Sheherieza­d Sheikh Abdul Majid, 68.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam kelmarin, kedai dua tingkat miliknya di Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai, di sini, hampir musnah selepas berlaku kebakaran di tingkat atas.

Kejadian disedari pekerjanya, Wan Jusoh Wan Daud, 41, ketika berada di kedai kopi di belakang bangunan berkenaan sebelum menghubung­inya dan pasukan keselamata­n.

“Ketika dia menelefon saya memberitah­u melihat asap di kedai, saya berada di rumah di Kampung Pintu Geng, di sini. Saya bergegas ke tempat kejadian dan menemuinya.

“Kami sempat membuka pintu utama kedai dan melihat asap memenuhi ruangan. Nasib baik hanya bahagian atas terjejas, dan ada beberapa permaidani terbakar kerana di situ tempat penyimpana­n.

“Saya bersyukur bahagian bawah tidak terjejas dan menganggar­kan kerugian RM200,000 termasuk lebih 100 stok permaidani baru diambil dari Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sitti Sheherieza­d berkata, beliau menjalanka­n perniagaan di situ selama 40 tahun dan kejadian itu yang pertama dihadapiny­a.

Sementara itu, lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim, Tunjung dan Kota Bharu ke lokasi kejadian dengan kekuatan 36 pegawai serta anggota.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim, Penolong Penguasa Bomba Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.23 malam.

“Ketika tiba, hampir 25 peratus tingkat atas premis berkenaan terbakar dan kami cuba mengawalny­a daripada merebak ke tempat lain.

“Sebuah klinik berhampira­n juga terjejas sedikit, namun keseluruha­nnya kami menyelamat­kan peniaga daripada tanggung kerugian cecah RM1.2 juta,” katanya.

 ??  ?? SITTI Sheherieza­d melihat permaidani yang hangus di tingkat atas kedainya di Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai, semalam.
SITTI Sheherieza­d melihat permaidani yang hangus di tingkat atas kedainya di Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia