Harian Metro

Kaunseling bantu wanita hamil anak tidak sah taraf

-

Petaling Jaya: Pusat Perlindung­an Orphan Care bukan saja menyediaka­n perlindung­an kepada bayi yang diletak dalam ‘baby hatch’ malah memberi khidmat sesi kaunseling kepada individu yang hamil anak tidak sah taraf.

Pegawai Tadbir Awam Orphan Care Syarhah Mohamed Tahir berkata, pihaknya memiliki kaunselor berdaftar yang memberi kaunseling kepada wanita terbabit secara berjadual.

“Ada beberapa sesi kaunseling dijalankan setiap minggu. Tujuan ia diadakan ialah bagi memberi nasihat kepada wanita berkenaan mengenai hala tuju mereka selepas melahirkan anak.

“Kami memahami kesukaran dialami mereka termasuk tidak diterima keluarga selepas melakukan kesilapan itu, mereka memerlukan sokongan masyarakat,” katanya ketika ditemui di pejabat Orphan Care di Kampung Tunku, di sini, semalam.

Syarhah berkata, pihaknya turut menjadikan pusat itu sebagai tempat perlindung­an sementara kepada wanita yang sarat mengandung namun dengan jumlah penghuni yang terhad.

“Kami memberi peluang kepada individu sarat mengandung iaitu dalam tempoh lapan bulan ke atas untuk tinggal sementara di pusat ini dengan bayaran RM12 sehari,” katanya.

Pengurus Komunikasi Orphan Care Anis Noor Tajul Arus berkata, pihaknya turut membantu menguruska­n proses pengambila­n anak angkat terhadap bayi diserahkan kepada pertubuhan berkenaan.

“Pasangan yang mahu mengambil anak angkat boleh mendaftar dengan mengirim maklumat ke e-mel admin@orphancare.org.my

 ??  ?? semalam. LAPORAN Harian Metro, PUSAT Perlindung­an Orphan Care menyediaka­n perlindung­an kepada bayi yang diletak dalam ‘baby hatch’.
semalam. LAPORAN Harian Metro, PUSAT Perlindung­an Orphan Care menyediaka­n perlindung­an kepada bayi yang diletak dalam ‘baby hatch’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia