Harian Metro

Tauke restoran beli kerapu gergasi RM7,500

-

Georgetown: Seorang pemilik sebuah restoran sanggup mengeluark­an modal RM7,500 untuk membeli ikan kerapu gergasi seberat 150 kilogram daripada nelayan di Pulau Kendi, di sini, Isnin lalu.

Pemilik restoran berkenaan, Chew Kean Ghee, 45, berkata, ikan kerapu sepanjang 1.8 meter itu ditangkap nelayan sebelum dibuka untuk dijual dengan tawaran secara tender kepada mana-mana pemilik restoran yang berminat.

Menurutnya, dia yang berminat membeli ikan itu membuat bidaan harga sehingga mencecah RM7,500 dan akhirnya ikan kerapu gergasi itu dibeli sebelum dihantar ke Pasar Besar, Lebuh Cecil, di sini, petang kelmarin.

Katanya, dia gembira memiliki ikan kerapu itu dan pastinya ia menarik lebih ramai pelanggan ke restoranny­a bagi menikmati juadah ikan yang segar dan menyelerak­an itu.

“Ikan kerapu ini akan digoreng atau dibuat sambal, sup dan sebagainya sebelum dijual pada harga serendah RM17 ke atas mengikut tempahan pelanggan sama ada secara individu atau kumpulan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Chew berkata, dia yang menjalanka­n perniagaan makanan sejak 25 tahun lalu memberitah­u pada 11 Februari 2012, dia pernah membeli ikan kerapu seberat 168 kilogram dengan harga RM7,560 yang ditangkap di perairan Teluk Bahang.

 ??  ?? CHEW menunjukka­n ikan kerapu gergasi yang dibelinya.
CHEW menunjukka­n ikan kerapu gergasi yang dibelinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia