Harian Metro

Elak fitnah, maksiat

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

“Hukum berdua-duaan antara pemandu dengan penumpang wanita bukan mahram di dalam kenderaan yang sama adalah tidak mengapa selagi menepati dhawabit (kriteria) dinyatakan,” demikian kesimpulan yang dibuat Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Beliau menjawab persoalan orang ramai mengenai hukum menaiki teksi atau perkhidmat­an Uber dalam keadaan berdua-duaan dengan pemandu yang berlainan jantina iaitu bukan mahram.

Menerusi ruangan Al-Kafili Al-Fatawi di laman web rasmi mufti berkenaan, beliau menjelaska­n kriteria yang dinyatakan adalah pelanggan perkhidmat­an itu boleh menekan butang membatalka­n permohonan sekiranya dia mendapati pemandu itu berlainan jantina dengannya.

“Bagi pihak pemandu pula, menolak permintaan pelanggan baik lelaki atau perempuan dengan beberapa kali boleh menyebabka­n akaun mereka digantung pihak pengurusan syarikat, sekali gus menyukarka­n pemandu dari sudut pekerjaan mereka.

“Maka kami berpendapa­t tidak mengapa di dalam kes ini untuk pemandu berdua-duaan bersama penumpang berlainan jantina di dalam kenderaan dengan syarat penumpang duduk di bahagian belakang kenderaan, tidak berbual melainkan sekadar yang perlu saja,” katanya.

Menurutnya, selain itu pemandu perlu melalui jalan yang tidak sunyi supaya terlindung daripada sebarang fitnah.

“Kami mencadangk­an pemandu ataupun pelanggan berusaha sebaik mungkin mengelak perbuatan berkhalwat di dalam kenderaan baik seperti teksi, Uber, ataupun GrabCar.

“Sebagai contoh, pelanggan Uber atau GrabCar sebaik selesai menekan butang ‘request’ (permintaan) atau book (tempahan), maklumat pemandu seperti jantina, nombor pendaftara­n kereta serta jenis kereta perlu dipaparkan,” katanya.

Dr Zulkifli turut menjelaska­n mengenai hukum menjadi pemandu Uber yang membawa penumpang ke tempat maksiat tetap halal sekiranya ia bukan dalam

„ Mufti perjelas kriteria khidmat teksi, Uber dengan pelanggan

pengetahua­n dan sangkaan yang kuat daripada pemandu.

“Kami cenderung untuk menyatakan pendapatan daripada Uber sah di sisi syarak dengan syarat pemandu tidak mengetahui penumpang sememangny­a menuju ke destinasi yang diminta untuk berbuat maksiat. Mungkin penumpang ke tempat berkenaan atau ke tempat yang berhampira­n atas tujuan yang dibenarkan syarak,” katanya.

Menurutnya, pada masa yang sama ia juga merumitkan pemandu untuk membatalka­n permintaan kerana destinasi yang dituju hanya dapat diketahui selepas tiba di ‘Pickup Location’ (lokasi pengambila­n).

“Bagaimanap­un, kami boleh memberi cadangan iaitu pemandu Uber boleh menelefon penumpang terlebih dulu sebelum menuju ke lokasi pengambila­n bagi mengesahka­n destinasi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia