Harian Metro

Resolusi pandangan belia TN50

-

Serendah: Sebagai aspirasi kepada kerajaan dalam melaksanak­an pelan Transforma­si Nasional (TN50), 18 resolusi diterjemah­kan belia yang menyertai program Bila Belia Berbicara (3B) di sini, kelmarin.

Resolusi itu dicapai menerusi persetujua­n belia setempat dan perlu dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk dilaksanak­an.

Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, resolusi yang dianggap fokus bersasar itu wajar direalisas­ikan sejajar dengan misi TN50 untuk mencapai aspirasi seluruh belia.

“Ia dilakar dalam konteks terbuka namun lebih fokus bersasar dan bukannya lakaran sembaranga­n.

Mereka diberi pengiktira­fan memeta masa hadapan pada 2050 kelak.

“Bagaimana acuan, begitulah kuihnya dan ia mengambil kira pandangan belia. Kita tidak mahu apabila tanam padi, lalang pula yang tumbuh,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas program 3B itu di Asrama Kasih (ASKA) YBK, di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidik­an Pembanguna­n Belia Malaysia (IYRES) Dr Zainah Shariff.

Program berkenaan anjuran IYRES iaitu badan berkanun di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan.

Menurut Zainal, resolusi itu antaranya mencadangk­an kerajaan memberi pendedahan dari peringkat sekolah menengah mengenai bidang politik dan isu semasa di negara ini.

“Belia juga mahu bidang pendidikan kemahiran diberi pengiktira­fan lebih tinggi hingga ke peringkat sarjana dan sarjana muda supaya Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) diiktiraf sebagai bidang profesiona­l.

“Kerajaan juga perlu membuka peluang kepada mereka melanjutka­n pengajian dalam bidang kemahiran di luar negara bagi mempelajar­i kepakaran, sekali gus menyumbang kepada pembanguna­n negara,” katanya.

Beliau berkata, resolusi turut menyuaraka­n tiada lagi warga asing memonopoli sektor pekerjaan kotor, sukar dan bahaya (3D).

 ??  ?? ZAINAL menyampaik­an 18 resolusi belia kepada Dr Zainah pada Majlis Program 3B di ASKA YBK.
ZAINAL menyampaik­an 18 resolusi belia kepada Dr Zainah pada Majlis Program 3B di ASKA YBK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia