Harian Metro

SPAD tahan ulat prebet sapu di KLIA

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) menahan seorang lelaki yang terbabit dengan aktiviti mengulat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) semalam dan pemeriksaa­n mendapati lelaki terbabit pernah ditahan atas kesalahan sama Ogos 2016.

Berdasarka­n rekod, lelaki berusia 38 tahun terbabit pernah didenda RM5,000 atas kesalahan sama.

Jurucakap SPAD berkata, pihaknya menjalanka­n Ops Khas Parasit di terminal utama KLIA membabitka­n 13 penguat kuasa.

“Operasi tertumpu kepada aktiviti memujuk atau mengulat bagi menawarkan perkhidmat­an ‘prebet sapu’ kepada orang ramai serta pelancong asing yang tiba di KLIA.

“Hasilnya, kami menahan dua lelaki tempatan bersama kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova dan Teksi Bajet disyaki memujuk dengan menawarkan perkhidmat­an kereta sapu serta teksi kepada orang awam di sekitar balai ketibaan KLIA,” katanya.

Beliau berkata, harga tambang yang ditawarkan antara RM110 hingga RM120 bagi perjalanan ke ibu kota.

“Suspek pertama berusia 38 tahun menawarkan perkhidmat­an menggunaka­n Toyota Innova dari KLIA ke Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail kepada satu keluarga terdiri daripada dua dewasa dan tiga kanak-kanak warga tempatan dengan kadar tambang RM110.

“Pemeriksaa­n mendapati dia pernah dijatuhi hukuman penjara 14 hari serta denda RM5,000 atas kesalahan sama, pada 10 Ogos tahun lalu,” katanya.

Suspek kedua berusia 43 tahun pula menawarkan perkhidmat­an teksi dari KLIA ke Puchong kepada keluarga terdiri daripada dua dewasa dan empat kanak-kanak tempatan dengan kadar tambang RM120.

 ??  ?? SUSPEK yang ditahan SPAD di KLIA kerana menjalanka­n prebet sapu.
SUSPEK yang ditahan SPAD di KLIA kerana menjalanka­n prebet sapu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia