Harian Metro

Ritual Raja Bomoh haram

-

Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatk­an orang ramai tidak terpengaru­h dengan sebarang ritual dijalankan Ibrahim Mat Zin atau dikenali sebagai Raja Bomoh.

Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Othman Mustapha berkata, berdasarka­n beberapa rakaman video ritual yang tersebar, pihaknya sudah mengambil inisiatif memanggiln­ya bagi memberikan penjelasan, semalam, namun individu terbabit tidak hadir.

“Beberapa negeri memutuskan dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Fatwa Negeri iaitu upacara dan amalan perbomohan dilakukan Ibrahim yang menggunaka­n objek tertentu berlawanan dengan hukum syarak dan haram.

“Selain itu, kajian Panel Pakar Akidah JAKIM juga mendapati, aktiviti perbomohan Ibrahim bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandung­i unsur syirik dan khurafat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menerusi video yang disebarkan seminggu lalu, dikatakan Ibrahim ‘memagar’ Malaysia daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.

Susulan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, polis menjejaki bomoh terbabit kerana disifatkan merosakkan imej Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia