Harian Metro

Dialah...’

-

mahu menyaman Abang Yusof dan isterinya kerana mengaitkan­nya dengan status muflis yang dialami pasangan terbabit sejak 14 tahun lalu.

Abang Yusof berkata, tumpuan dia dan isteri, Noor Maszura Abu Bakar ketika ini untuk mencari jalan penyelesai­an isu muflis yang menjejaska­n kehidupan mereka sekeluarga selama ini.

“Saya dan isteri sudah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini (semalam) berhubung laporan yang dibuat Hattan Ahad lalu selepas video itu menjadi tular,” katanya kepada Harian Metro.

Akhbar ini, kelmarin melaporkan mereka merayu kepada Hattan supaya tampil membantu mengeluark­an nama mereka daripada senarai hitam Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) kerana kegagalan syarikat milik Hattan melunaskan pinjaman.

Pada 17 Mac lalu, Noor Maszura memuat naik video meluahkan apa yang terpendam di hatinya sehingga menjadi tular di media sosial dengan pelbagai reaksi netizen.

Sebagai jawapan balas, Hattan pula memaklumka­n dia sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu kerana memfitnah dirinya secara keterlalua­n dan menjejaska­n reputasiny­a.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 21 Mac lalu.
LAPORAN Harian Metro, 21 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia