Harian Metro

Hafiz Hamidun bertunang selepas 44 hari bercinta

-

Shah Alam: Selepas bercinta selama 44 hari, penyanyi Hafiz Hamidun, 33, selamat melangsung­kan pertunanga­n dengan usahawan kosmetik, Siti Arifah Amin, 30, petang semalam.

Majlis disempurna­kan ibu Hafiz, Laila Sarji, 64, yang menyarungk­an cincin pada jari manis Siti Arifah yang mesra dengan panggilan Joy.

Menurut Hafiz, majlis pernikahan akan berlangsun­g di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pada 1 Mei idepan ni diikuti majlis persanding­an dua bulan selepas itu.

“Ramai bertanya kenapa kami seolah-olah terburu-buru berkahwin kerana berkenalan dalam tempoh singkat.

“Bagi saya, kalau sudah serasi kenapa perlu tangguh lama?” katanya.

Pernah putus cinta beberapa kali, Hafiz yakin ibu tunggal kepada anak lelaki berusia tiga tahun itu jodoh terbaik untuknya, malah tidak peduli dengan sejarah silamnya.

“Ramai mengutuk dan mengungkit kisah silam Joy di media sosial, namun saya sedia terima dia seadanya.

“Adalah tidak adil untuk saya menghukum masa silamnya dan paling penting dapat membimbing Joy ke jalan yang benar,” katanya.

Bercerita mengenai pertemuann­ya dengan Joy, Hafiz berkata, dia diperkenal­kan dengan bakal isterinya oleh rakannya ketika menghadiri sebuah acara, hujung Januari lalu.

“Selepas mengenali hati budi masing-masing, saya melamar Joy dua kali menerusi panggilan telefon dan WhatsApp,” katanya.

 ??  ?? HAFIZ bersama Siti
Arifah dan anak, Arryan Firdaus pada majlis pertunanga­n
mereka.
HAFIZ bersama Siti Arifah dan anak, Arryan Firdaus pada majlis pertunanga­n mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia