Harian Metro

Jam 8 pagi

-

Penyediaan Rumah Impian Bangsa Johor YSI itu bermula daripada cetusan baginda demi membantu rakyat yang masih belum memiliki rumah.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya Puan Che’ Khaleeda Bustamam. Hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Presiden merangkap Ketua Eksekutif Johor Corporatio­n (JCorp) Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim.

JCorp menerusi syarikat dalam kumpulanny­a, Johor Land Berhad (JLand) akan melaksanak­an pembanguna­n itu di Bandar Dato’ Onn dan Bandar Baru Majidee.

Di Bandar Dato’ Onn, Rumah Impian Bangsa Johor akan dibangunka­n di kawasan seluas 21.3 hektar membabitka­n pembinaan lebih 520 unit termasuk 190 rumah teres, 130 rumah berkembar dan 200 rumah banglo. Rumah berkenaan ditawarkan dengan harga RM80,000 hingga RM100,000 seunit.

Manakala di Bandar Baru Majidee, 320 unit rumah akan dibangunka­n di kawasan seluas 2.75 hektar dan ia terdiri daripada dua blok yang masing-masing mempunyai 12 tingkat kediaman dan ia akan ditawarkan dengan harga RM150,000 seunit.

Pembeli yang layak hanya perlu membayar wang deposit serendah RM1 dengan tawaran pinjaman 100 peratus. Satu projek dirancang Mutiara S’City Sdn Bhd di kawasan seluas 3.05 hektar di Bukit Saujana di bawah YSI pada masa depan dan ia bakal menawarkan 1,000 rumah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia