Harian Metro

Beri manfaat pada pengguna

-

Kuala Lumpur: Langkah kerajaan dalam melaksanak­an mekanisme penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan bermula pada 29 Mac ini dilihat dapat memberi manfaat kepada pengguna.

Penganalis­is Ekonomi MIDF Research, Aaron Tan berkata, bagaimanap­un kerajaan masih mengekalka­n penetapan harga secara pengapunga­n terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Beliau berkata, dengan mekanisme baru itu pengguna berpeluang menikmati harga petrol dan diesel semasa yang lebih murah apabila ia berada pada kadar yang rendah.

“Sebelum ini, pengguna perlu menunggu sehingga 31 hari untuk mengetahui kadar petrol dan diesel baharu, namun dalam tempoh sebulan itu, berlaku turun naik harga komoditi berkenaan menyebabka­n berlakunya kenaikan.

“Selain itu, sekiranya terdapat kenaikan pada kadar petrol dan diesel, pengguna tidak perlu menanggung kos kenaikan yang drastik sebaliknya hanya membabitka­n sebahagian kecil kos.

“Jika sebelum ini kenaikan mungkin mencecah hingga 30 sen seliter, namun dengan mekanisme ini peningkata­n berkenaan tidak ketara,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Aaron berkata, sekiranya mekanisme itu dapat dilaksanak­an dengan cekap, ia akan mewujudkan ekosistem harga petrol dan diesel yang lebih tersusun khususnya dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.

“Pengguna juga dapat merancang dan menyusun perbelanja­an petrol atau diesel masing-masing di mana ia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia