Harian Metro

Telefon berdering tak tentu masa

- Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim @hmetro.com.my

Terima panggilan telefon dari rakan media tidak kira waktu termasuk awal pagi bertanyaka­n maklumat kes jenayah disifatkan perkara biasa oleh seseorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara itu turut dilalui Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Bukit Aman Datuk Zainuddin Ahmad yang berkata, pegawai polis yang mengendali­kan operasi, ketua ataupun jurucakap di sesuatu daerah akan berdepan perkara berkenaan.

“Ketika saya masih di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, kemudian menjadi Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur sebelum ini telefon saya berbunyi ataupun berdering tidak kira waktu.

“Awal pagi pun dapat call (panggilan) dari rakan media termasuk wartawan Harian Metro. Ini perkara biasa dalam tugas kami (polis) dan secara peribadiny­a saya sifatkan...polis dan media berpisah tiada,”katanya.

Zainuddin secara peribadi berkata, kerjasama antara PDRM dan media perlu berterusan bagi membolehka­n maklumat berkaitan de- ngan peranan dan tanggungja­wab polis dapat disampaika­n kepada masyarakat setempat dengan tepat.

“Bagi saya, legasi kerjasama antara PDRM dan media yang sudah sedia terjalin harus berkekalan serta dieratkan untuk kebaikan bersama,”katanya.

Bagaimanap­un, katanya, polis dan pengamal media perlu ada persefaham­an dalam berkongsi maklumat supaya tidak berlaku percanggah­an fakta berita yang disiarkan kepada umum.

“Peranan media amat besar dalam menyalurka­n maklumat menerusi laporan berita yang dikeluarka­n. Oleh itu kerjasama yang erat harus terus diperkukuh.

“Tetapi media juga harus faham tugas polis, ada kes yang kami boleh beri maklumat...ada yang tidak harus didedahkan dengan cepat, ada juga yang kami perlukan masa untuk tentukan kesahihann­ya,”katanya.

Zainuddin yang sudah 40 tahun berkhidmat dalam pasukan PDRM dan memulakan kerjayanya pada tahun 1976 berkata, dia menasihatk­an wartawan terutama pendatang baru dalam bidang itu supaya komited dengan tugas masing-masing.

“Kita perlukan wartawan yang komited dan bertanggun­gjawab dalam membantu tugas-tugas kepolisan. Pastikan fakta dalam laporan yang disiarkan itu tepat, ini tanggungja­wab yang saya maksudkan perlu dipikul oleh semua wartawan.

“Jadi, dengan mengetahui bidang dan keterbatas­an (had) antara satu dan lain, saya pasti hubungan baik yang sudah terjalin mampu diteruskan generasi seterusnya kerana pemahaman ini akan mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-dua pihak,”katanya.

Ditanya mengenai pe-

„ Legasi kerjasama antara PDRM dan media yang sedia terjalin perlu dieratkan untuk kebaikan bersama: Zainuddin

nambahbaik­an yang perlu dilakukan Harian Metro, Zainuddin menyaran untuk mengekalka­n keunikan dan perbezaan yang dimiliki wadah ini berbanding akhbar lain.

“Kekalkan perbezaan dan keunikan sedia ada serta kukuhkan kelebihan ataupun kekuatan DNA Harian Metro itu sendiri. Itu yang membezakan anda dengan yang lain,”katanya.

Sempena ulang tahun ke-26, Zainuddin mengucapka­n selamat maju jaya kepada Harian Metro yang menjadi antara akhbar pilihannya setiap pagi.

“Saya tahu cabaran zaman digital kini melanda semua akhbar di Malaysia, tetapi saya yakin dengan kewibawaan dan kematangan Harian Metro serta keunikan kandungann­ya, ia akan kekal dan terus berjaya pada masa depan,” katanya.

 ??  ?? ZAINUDDIN (dua dari kanan) ketika melawat Ibu Pejabat Polis Daerah
Timur Laut, Georgetown.
ZAINUDDIN (dua dari kanan) ketika melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Georgetown.
 ?? Zainuddin ?? Kita perlukan wartawan yang komited dan bertanggun­gjawab dalam membantu tugas kepolisan. Pastikan fakta dalam laporan disiarkan tepat, ini tanggungja­wab yang saya maksudkan perlu dipikul oleh semua wartawan”
Zainuddin Kita perlukan wartawan yang komited dan bertanggun­gjawab dalam membantu tugas kepolisan. Pastikan fakta dalam laporan disiarkan tepat, ini tanggungja­wab yang saya maksudkan perlu dipikul oleh semua wartawan”
 ??  ?? ZAINUDDIN (kanan) ketika melawat IPDTL, Georgetown.
ZAINUDDIN (kanan) ketika melawat IPDTL, Georgetown.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia