Harian Metro

Hanya Allah berhak hakimi perbuatan insan

-

Islam menggesa umatnya sentiasa mengamalka­n sikap toleransi dalam setiap pergaulan sama ada sesama Muslim mahupun dengan bukan Muslim.

Cendekiawa­n terkenal Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya bertajuk Ghair al-Muslimin fial-Mujtama al-Islami (Bukan Muslim dalam Masyarakat Islam) menyatakan empat faktor utama yang boleh melahirkan sikap toleransi unik antara umat Islam dengan bukan Muslim. Faktor itu ialah:

Keyakinan terhadap kemuliaan manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.

Atas keyakinan ini orang Islam sentiasa menghormat­i seseorang dari sudut agama, keyakinan dan ekspresiny­a.

Firman Allah dalam surah al-Isra, ayat 70 bermaksud: “Dan sesungguhn­ya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunaka­n berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhlukmak­hluk yang telah Kami ciptakan.”

Yakin bahawa konsep pluralisme (kemajmukan) adalah kehendak dan ketentuan daripada Allah.

Konsep ini memberikan peluang kepada manusia untuk memilih jalan keimanan ataupun kekufuran terhadap Allah. Dengan adanya konsep ini, adalah tidak dibenarkan untuk seorang Muslim memaksa mana-mana manusia untuk menerima dan memeluk agama Islam.

Firman-Nya bermaksud: “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendak­i, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terusmener­us berselisih­an.” (Surah Hud, ayat 118)

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang daripada Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkar­inya...” (Surah al-Kahfi: 29)

Umat Islam tidak boleh sewenangwe­nangnya mengadili serta menghakimi setiap perbuatan dan jalan hidup yang dipilih orang lain.

Hanya Allah yang mempunyai kekuasaan mutlak untuk mengadili mereka pada hari perhitunga­n kelak.

Firman-Nya bermaksud: “Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat mengenai apa yang kamu berselisih padanya.” (Surah al-Haj, ayat 69)

Yakin bahawa Allah memerintah­kan umat Islam untuk berlaku adil serta sentiasa mengajak kepada akhlak yang mulia meskipun kepada orang musyrik.

Firman-Nya dalam surah at-Taubah, ayat 6 bermaksud: “Dan jika seseorang daripada kaum musyrik meminta perlindung­an kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindung­an kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (mengenai hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke manamana tempat yang dia beroleh aman. Perintah itu ialah kerana mereka adalah kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).”

Pada masa yang sama, kita juga perlu yakin bahawa Allah mencela perbuatan zalim meskipun terhadap bukan Muslim.

Firman-Nya bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangka­n kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.

“Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwala­h kepada Allah, sesungguhn­ya

Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah, ayat 8)

Islam adalah agama yang menyeru kepada kedamaian dan keamanan untuk semua anggota masyarakat.

Islam juga mengajak manusia untuk menyerahka­n diri dengan mengabdika­n jiwa kepada Allah. Agama ‘rahmatan lil alamin’ (rahmat bagi seluruh alam) ini menawarkan toleransi kepada setiap manusia.

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di UPM

 ??  ?? MASJID lambang penyatuan umat Islam.
MASJID lambang penyatuan umat Islam.
 ??  ?? Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin
Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia