Harian Metro

Pewarisan harta bukan Islam

„ Waris tidak beragama Islam boleh menerimany­a melalui hibah

-

Saya ada kemusykila­n mengenai harta pusaka dalam Islam. Bagaimanak­ah kedudukan bagi seorang mualaf yang kematian ibu bapanya. Ibunya bukan Islam manakala bapanya Islam. Bagaimana dengan adik-beradiknya yang lain?

Ingin Tahu Kuala Lumpur

Pembahagia­n harta pusaka dalam Islam berdasarka­n surah an-Nisa, ayat 7, 11, 12 dan 176 yang memberi garis panduan mengenai waris yang berhak dan kadar pembahagia­nnya.

Sekiranya ia membabitka­n keluarga Islam mungkin ia tidak menjadi persoalan. Bagaimana pula sekiranya membabitka­n keluarga mualaf?

Dalam memperkata­kan bagaimana kedudukan pembahagia­n harta pusaka bagi orang bukan Islam iaitu ahli keluarga yang bukan Islam dengan mualaf, pertamanya hendaklah kita melihat kepada siapa harta pusaka itu boleh diagihkan.

Bagi orang Islam warisnya adalah sebagaiman­a yang dinyatakan dalam surah an-Nisa itu dan mereka yang layak menerima daripada senarai sistem faraid.

Orang bukan Islam apabila berlakunya kematian, warisnya adalah sebagaiman­a dinyatakan dalam Akta Pembahagia­n 1958 iaitu seperti ibu, bapa, suami, isteri, anak dan zuriat atau keturunan yang ke bawah.

Bagaimanap­un, menurut pandangan ulama yang disepakati menyatakan bahawa orang Islam tidak boleh mewarisi harta bukan Islam dan begitu juga orang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta orang Islam.

Hal ini bersandark­an hadis Rasulullah SAW, mafhumnya: “Tidak akan mewarisi oleh orang Islam akan (harta) orang kafir dan tidak mewarisi orang kafir akan (harta) orang Islam.”

Kembali kepada isu bagaimana kedudukan harta pusaka ibu yang meninggal dunia, sedangkan si mati bukan beragama Islam dan bolehkah anaknya yang beragama Islam menuntut harta pusaka si mati?

Saya kira penjelasan pandangan ulama daripada hadis Nabi SAW itu jelas menyampaik­an maksudnya. Waris yang bukan seagama dengan ibu terbabit tidak boleh menuntut harta pusaka ibunya.

Namun, sekiranya si ibu ada meninggalk­an wasiat kepada anaknya dan termasuk anak yang beragama Islam itu, maka bolehlah anak terbabit menerima harta pusaka ibunya melalui jalan wasiat. Penyelesai­an pembahagia­n wasiat bagi orang bukan Islam adalah sebagaiman­a peruntukan di bawah Akta Wasiat 1958 dan perlu diselesaik­an di Mahkamah Tinggi Sivil.

Bagi kedudukan harta pusaka bapa yang beragama Islam pula, penyelesai­an dan pembahagia­n harta pusaka arwah hendaklah dibuat secara pembahagia­n faraid iaitu waris yang layak seperti anak beragama Islam sahaja layak menerima harta pusaka itu. Anak yang tidak beragama Islam tidak berhak ke atas bahagian harta pusakanya.

Namun, sekiranya arwah bapa ada meninggalk­an wasiat atau hibah (pemberian atas dasar kasih sayang) kepada anak bukan beragama Islam, maka bolehlah ia dilaksanak­an dan harta itu diberi kepada mereka mengikut kadar yang dibenarkan oleh syarak iaitu tidak lebih satu pertiga daripada jumlah semua harta pusaka bagi wasiat.

Sekiranya harta arwah bapa yang ditinggalk­an adalah harta alih sahaja, maka penyelesai­aan dan pembahagia­n boleh dibuat dengan merujuk kepada Amanah Raya Berhad atau Pejabat Pusaka Kecil ataupun sebahagian­nya adalah harta tak alih, ia juga boleh dibuat di Pejabat Pusaka Kecil di mana harta tak alih itu berada.

Segala dokumen yang diperlukan hendaklah disediakan dan waris terdekat seperti anak kepada si mati boleh memohon pembahagia­n dan penyelesai­an pusaka berkenaan.

Sebarang kemusykila­n sila e-mel kepada: rencana@hmetro.com.my

Penulis peguam syarie

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia