Harian Metro

Jangan buat lagi, dik!

„ Kepala budak tiga tahun tersangkut di celah pemegang tangga

-

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terpaksa menahan sakit hampir 20 minit selepas kepalanya tersangkut di celah pemegang tangga di sebuah rumah di Taman Bercham Idaman, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.25 petang, kepala Chong Jin Yi tersepit di celah pemegang tangga di antara tingkat bawah dan tingkat atas rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh P Sumasuvam berkata, sepasukan anggota bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu.

Katanya, sebaik tiba anggota bomba mendapati kepala kanak-kanak itu tersangkut di celah tangga.

“Bomba mengeluark­an mangsa dengan menarik kepalanya perlahan-lahan ke hadapan sebelum badannya dapat ditarik sepenuhnya.

“Operasi menyelamat mangsa mengambil masa kira-kira dua minit hingga mangsa dapat dikeluarka­n dari celah pemegang tangga itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Operasi ditamatkan jam 6.51 petang dan kanak-kanak berkenaan tidak cedera.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN kepala Chong yang tersangkut di celah tangga di sebuah rumah di Taman Bercham Idaman.
KEADAAN kepala Chong yang tersangkut di celah tangga di sebuah rumah di Taman Bercham Idaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia