Harian Metro

14.46 juta hektar diwarta Hutan Simpan Kekal

-

Seluas 14.46 juta hektar kawasan hutan diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK) sehingga 2015 daripada keseluruha­n 18.25 juta hektar kawasan berhutan di Malaysia.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri berkata, kawasan HSK itu diurus menerusi amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) untuk kepentinga­n ekonomi, sosial dan alam sekitar.

“Kementeria­n komited dalam usaha pemelihara­an dan pemulihara­an hutan selaras komitmen negara di peringkat antarabang­sa untuk mengekalka­n sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok dan berhutan.

“Kejayaan negara dalam mengekalka­n kawasan berhutan negara tidak kurang daripada 50 peratus menunjukka­n keberkesan­an PHSB yang dilaksanak­an di negara ini,” katanya ketika menjawab soalan Tang Seng Giaw (DAP-Kepong) yang bertanyaka­n perkembang­an dan keberkesan­an untuk memelihara hutan di seluruh negara di Dewan Rakyat, di sini,

semalam.

 ??  ?? HAMIM
HAMIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia