Harian Metro

Salun kecantikan tak dibenar tawar suntikan Botox

-

Pusat kecantikan atau salun tidak dibenarkan menyediaka­n perkhidmat­an suntikan Botox kerana produk itu di luar bidang kawalan mereka.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, produk kecantikan itu diklasifik­asikan oleh Biro Pengawalan Farmaseuti­kal Kebangsaan sebagai sejenis ubat dan penggunaan­nya hanya boleh dikendalik­an pengamal perubatan berdaftar mengikut Akta Racun 1952.

“Premis suntikan Botox itu melanggar peraturan yang ditetapkan kerana apa-apa jenis rawatan dari segi perubatan cuma boleh disediakan di pusat yang berdaftar dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika menjawab soalan Khoo Soo Seang (BN-Tebrau) yang bertanyaka­n langkah pencegahan berkesan bagi mengelakka­n klinik kecantikan berdaftar menawarkan perkhidmat­an seumpama itu di sidang Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Beliau berkata, dari sudut perundanga­n, pusat kecantikan atau salun hanya boleh menjalanka­n rawatan kecantikan luaran dan Botox pula sejenis produk yang perlu disuntik ke dalam

kulit.

 ??  ?? DR SUBRAMANIA­M
DR SUBRAMANIA­M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia