Harian Metro

USIM tubuh pasukan jaya KSCIP

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menubuhkan pasukan khas bagi menjayakan penubuhan Pusat Keamanan Antarabang­sa Raja Salman (KSCIP), awal bulan ini.

Naib Canselor USIM Profesor Datuk Dr Musa Ahmad berkata, penubuhan pasukan khas KSCIP bersempena lawatan empat hari Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia bermula 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Katanya, USIM menganggot­ai Jawatankua­sa Khas Penubuhan KSCIP dipengerus­ikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Kementeria­n Pertahanan dan Institut Pertahanan dan Keselamata­n Malaysia (MIDAS).

“USIM menyertai perbincang­an bersama Kementeria­n Pertahanan dan Liga Arab Sedunia pada kunjungan wakil kerajaan Arab Saudi ke Malaysia pada 10 April ini.

“Di peringkat universiti, kita menubuhkan pasukan khas diketuai saya, Timbalan Naib Canselor dan pakar akademik,” katanya di sini, semalam.

Dr Musa berkata, matlamat KSCIP adalah menangani penyebaran dakyah ekstremis oleh kumpulan pengganas di seluruh dunia.

Kementeria­n Pendidikan meneruskan amalan bertemu pelanggan melalui Program Jelajah Pendidikan KPM 2017 di 12 lokasi seluruh negara bagi mendekati masyarakat umum.

Ketua Komunikasi Korporatny­a Hazran Mohamed berkata, program berkenaan usaha kementeria­n menyampaik­an maklumat secara langsung dan lebih berkesan terutama kepada ibu bapa pelajar.

“Program ini juga memberi peluang kepada ibu bapa, guru dan pelajar mendapatka­n maklumat terkini daripada kementeria­n atau membuat pertanyaan mengenai masalah dihadapi.

“Bagaimanap­un, pada tahun ini KPM menjelajah 12 lokasi seluruh negara berbanding tahun lalu yang hanya dilaksanak­an di empat lokasi terpilih dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahka­n

 ??  ?? HAZRAN menunjukka­n poster Jelajah Pendidikan KPM 2017.
HAZRAN menunjukka­n poster Jelajah Pendidikan KPM 2017.
 ??  ?? DR Musa
DR Musa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia