Harian Metro

Ujian air kencing mengejut di sekolah

-

Seremban: Kementeria­n Pendidikan bekerjasam­a dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan ujian air kencing secara mengejut di sekolah jika mendapati ada maklumat pelajar terbabit kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon berkata, pihaknya sentiasa memantau isu itu, malah pernah dibangkitk­an pada sesi Parlimen lalu selain pengurusan sekolah dimaklumka­n mengenai tindakan terhadap pelajar berkenaan.

“Kami buat pemeriksaa­n rapi sebaik mendapat maklumat ada pelajar berisiko terbabit penyalahgu­naan dadah di sekolah.

“Malah, ujian air kencing dibuat serta-merta terhadap pelajar terbabit selain memantau jenis dan bentuk dadah disalurkan kepada mereka,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pengusaha Bas Daerah Seremban (PPPBDS), di sini, kelmarin.

 ??  ?? CHONG memerhatik­an laporan mengenai masalah bas sekolah tanpa permit.
CHONG memerhatik­an laporan mengenai masalah bas sekolah tanpa permit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia