Harian Metro

Perlekeh inovasi anak watan

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

„ Teknologi bermutu tinggi gagal berkembang

Sikap tidak yakin terhadap kebolehan teknologi dihasilkan tenaga tempatan membuatkan banyak inovasi teknologi bermutu tinggi negara ini gagal dikembangk­an untuk manfaat umum.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, rakyat Malaysia secara amnya tidak begitu menghargai atau meyakini inovasi teknologi dihasilkan anak tempatan.

“Walaupun inovasi teknologi yang dihasilkan di negara ini bermutu tinggi dan mampu diperkenal­kan ke peringkat antarabang­sa, tidak ramai yang begitu yakin dengan kemampuan yang kita miliki.

“Lihat saja Korea Selatan, rakyat mereka begitu patriotik dan menghargai inovasi teknologi yang dihasilkan negara mereka dan disebabkan itulah inovasi teknologi berkenaan kelihatan bertebaran di seluruh dunia menerusi pelbagai produk bukan saja telekomuni­kasi, tetapi elektrik dan pengangkut­an,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n Majlis Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI)-Program Kesedaran Keusahawan­an dan Ekonomi Pertanian Untuk Membantu Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Projek Tanaman Cendawan Kukur di Agrofarm UUM, di sini, semalam.

Beliau berkata, Malaysia banyak menghasilk­an inovasi teknologi yang bermanfaat kepada masyarakat seperti alat penyerap gempa bumi atau seismic bearing dihasilkan Institut Penyelidik­an Getah Malaysia (RRIM) di London. “Hasil kajian dan teknologi RRIM, kami mengeluark­an produk inovasi getah dari kilang kami di Klang.

“Menariknya, bangunan Parlimen New Zealand menggunaka­n seismic bearing yang dihasilkan kami,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis berkenaan Wilfred berkata, kajian dan penyelidik­an Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menghasilk­an teknologi pembenihan cendawan kukur menggunaka­n bioreaktor dalam persekitar­an yang terkawal.

 ??  ?? WILFRED (dua kiri) bersama Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UUM Prof Dr Noor Azizi Ismail (kanan) melihat projek cendawan kukur di Agrofarm UUM.
WILFRED (dua kiri) bersama Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UUM Prof Dr Noor Azizi Ismail (kanan) melihat projek cendawan kukur di Agrofarm UUM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia