Harian Metro

‘ROMPAK’ KAPAL DAGANG

„ Pasukan STAR APMM persembah aksi cemas selamat tebusan kepada pengunjung LIMA’17

- Muhaamad Hafis Nawawi, Fardy Bungga, Sofyan Rizal Ishak, Hamzah Osman am@hmetro.com.my

Demonstras­i menuruni helikopter menggunaka­n kaedah ‘fast roping’ antara aksi menarik dipertonto­nkan kepada pengunjung LIMA’17.

Pertunjuka­n pasukan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) jam 10 pagi, semalam mempersemb­ahkan situasi cemas apabila sebuah kapal dagang ditawan perompak laut.

Dalam senario terbabit, kejadian itu dilaporkan kepada Pusat Operasi Maritim Malaysia (POMAR) sebelum helikopter Dauphin milik APMM yang membawa anggota Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim (STAR) APMM dikerah ke lokasi.

Sebuah bot Petir bersama angota STAR turut membantu operasi itu.

Aksi tembak menembak antara anggota STAR dan kumpulan perompak sekali lagi memukau penonton demonstras­i yang rata-rata tidak kisah berdiri di bawah panas terik.

Aksi itu mendapat tepukan gemuruh apabila anggota STAR menyelamat­kan tebusan dan merampas semula kapal dagang itu.

Pengunjung sekali lagi dihiburkan dengan aksi menarik membabitka­n aset APMM yang mempersemb­ahkan kemampuan masing-masing.

Ketua Tim Demonstras­i Maritim LIMA’17 Komander Maritim Shahrizan Raman berkata, demonstras­i itu antara kaedah yang digunakan sekiranya berdepan situasi rompakan di tengah laut.

Katanya, pihaknya mengambil masa seminggu untuk berlatih bagi menjayakan demonstras­i.

“Ia membabitka­n 60 anggota dan pegawai serta 10 aset laut dan tiga aset udara APMM,” katanya.

Sementara itu, pengunjung,

Mohd Azim Mohd Azhar, 34, berkata, aksi itu mendebarka­n dan realistik.

Katanya, gimik menyelamat tebusan dan demonstras­i bot

APMM menjadikan segmen maritim LIMA kali ini mempunyai tarikan sendiri.

“Demonstras­i ini mempamerka­n ketangkasa­n anggota STAR menyelamat­kan orang awam yang dijadikan tebusan dan kapal dirampas. Ia menunjukka­n pasukan keselamata­n kita amat terlatih serta cekap,” katanya.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N aerobatik pasukan Russian Knights.
PENGUNJUNG teruja melihat persembaha­n udara.
HELIKOPTER bersama bot Petir dikerah ke lokasi menyelamat.
PERSEMBAHA­N aerobatik pasukan Russian Knights. PENGUNJUNG teruja melihat persembaha­n udara. HELIKOPTER bersama bot Petir dikerah ke lokasi menyelamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia