Harian Metro

Imigresen bertindak

- Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Jabatan Imigresen mengambil tindakan serta-merta dengan menjalanka­n siasatan dalaman oleh Bahagian Integriti berhubung laporan dakwaan kejadian rogol membabitka­n wanita warga Thailand di Depot Tahanan Machap Umbo, Melaka.

Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen Datuk Ibrahim Abdullah berkata, pegawai yang terbabit berhubung kes berkenaan juga sudah dipanggil untuk memberi keterangan.

“Jabatan Imigresen akan melakukan siasatan terperinci berhubung kes ini dan jika hasil siasatan mendapati pegawai itu bersalah melanggar peraturan sebagai penjawat awam, jabatan tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib berdasarka­n Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002.

“Kita juga menyerahka­n kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan di atas laporan polis berkenaan dan Jabatan Imigresen akan sentiasa telus serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian susulan laporan akhbar berhubung dakwaan seorang wanita warga Thailand dirogol di Depot Tahanan Machap Umbo, Melaka ketika proses rakaman percakapan di depot berkenaan, dua minggu lalu.

Wanita terbabit berusia 32 tahun dan bekerja sebagai tukang urut kemudian memaklumka­n kepada adiknya yang turut sama ditahan di depot berkenaan.

Dalam pada itu, Ibrahim menegaskan, pihaknya tidak akan berkomprom­i terhadap pegawainya yang melakukan perlanggar­an integriti sehingga mencemarka­n nama baik dan imej jabatan.

Malah, katanya, jabatan itu juga tidak akan melindungi mereka yang terbabit dalam aktiviti tidak berintegri­ti.

“Tindakan dan hukuman serius akan diambil termasuk buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah,” katanya.

Sementara itu, Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (EAIC) sudah memulakan siasatan berkaitan kes itu.

 ?? Ibrahim Abdullah ?? Jabatan tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib berdasarka­n Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002”
Ibrahim Abdullah Jabatan tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib berdasarka­n Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia