Harian Metro

Cekik leher paksa baring

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Seorang wanita berusia berusia 28 tahun yang bekerja di sebuah kedai elektrik di Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda (BBU), di sini, berdepan detik mencemaska­n apabila diserang seorang lelaki tidak dikenali yang bertindak mahu merogolnya.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi Isnin lalu, mangsa yang sedang menunggu bas di hentian bas Jalan Padi 1 berhampira­n sebuah bank tiba-tiba didatangi lelaki berkenaan yang terus memegang tangannya dan mengarahka­nnya duduk bersama.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, wanita itu tidak mahu melayan kehendak lelaki berkenaan menyebabka­n lelaki itu mencekik leher dan mengheretn­ya ke kawasan pokok bunga sebelum membaringk­annya seperti mahu merogolnya.

Bagaimanap­un, katanya, lelaki berkenaan melarikan diri apabila datang seorang lelaki lain yang menjerit apabila melihat tindakanny­a itu.

“Mangsa mengalami luka-luka kecil namun dia tidak mahu mendapatka­n rawatan di hospital. Tiada barangan yang disamun daripada mangsa,” katanya.

Beliau berkata, susulan laporan polis yang dilakukan kira-kira jam 6.30 petang hari sama, seorang lelaki warga Sri Lanka berusia 38 tahun ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Katanya, suspek ditahan di Jalan Padi 1, di sini, ketika berjalan kaki dan dalam keadaan mencurigak­an.

“Suspek pada mulanya bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan. Kita turut merampas satu telefon bimbit Samsung Galaxy J2 daripada suspek,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya bertindak atas maklumat orang awam terhadap suspek yang disyaki turut melakukan samun terhadap seorang operator pengeluara­n wanita di sebuah kilang biskut di BBU di sini.

“Mangsa berusia 51 tahun disamun lelaki disyaki suspek

„ Polis tahan lelaki warga Sri Lanka cuba noda wanita jam 4 pagi

pada jam 7.14 pagi, Ahad lalu, ketika berada di tepi Jalan Padi 1 di sini, selepas turun dari bas untuk menuju ke tempat kerjanya.

“Suspek bertindak menyerang mangsa dan melarikan telefon bimbit Samsung J2, RM80 dan kad ATM Maybank. Mangsa lebam di muka, kedua-dua mata, kepala dan tangan serta pecah bibir, telinga berdarah selain menerima dua jahitan di kaki dipercayai dipukul atau ditumbuk suspek,” katanya.

Mohd Taib berkata, mangsa ditemui dalam keadaan cedera oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Balai Polis Tampoi selepas menerima maklumat orang awam sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, dalam keadaan separuh sedar.

Katanya, suspek kini direman tujuh hari hingga Ahad ini bagi membantu siasatan dan dokumen perjalanan­nya dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk pengesahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun.

 ?? Mohd Taib Ahmad ?? Lelaki itu mencekik leher dan mengheretn­ya ke kawasan pokok bunga sebelum membaringk­annya seperti mahu merogolnya”
Mohd Taib Ahmad Lelaki itu mencekik leher dan mengheretn­ya ke kawasan pokok bunga sebelum membaringk­annya seperti mahu merogolnya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia