Harian Metro

Niat bantu pemain golf bertukar tragedi

-

Sungai Buloh: Niat seorang mekanik kenderaan yang bertugas di sebuah kelab golf di Bukit Rahman Putra, di sini, membantu mengambil beg pemain yang terjatuh ke tasik bertukar tragedi apabila dia lemas, jam 9.30 pagi semalam.

Mayat lelaki berusia 38 tahun itu ditemui di dasar tasik oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superinten­dan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pemain golf di lubang 11 mendapati ‘buggy’ digunakan menggelong­sor ke tasik bersebelah­an lapangan menyebabka­n beg golf dan kasutnya hanyut.

“Pemain berkenaan memaklumka­n perkara itu kepada pengurusan kelab golf sebelum mangsa tampil membantu.

“Mangsa

sempat

mengambil beg golf dan ketika cuba untuk mengambil beg kasut yang hanyut di tengah kolam, dia kemudianny­a lemas,” katanya dalam kenyataan.

Wan Kamarul Azran berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa.
 ??  ?? MANGSA ditemui di dasar tasik kelab golf.
MANGSA ditemui di dasar tasik kelab golf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia