Harian Metro

Qori masih gagal bolos

-

Lelaki yang juga suspek utama kes pembunuhan kejam warga Rohingya dikenali Mohamad Qarim Abdul Razak, 35, atau Qori, dipercayai masih gagal memboloska­n diri ke negeri lain.

Ketua Jabatan Siasatan negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, polis percaya Qori masih bersembuny­i di beberapa lokasi di Kampung Pak Madah, Bukit Payong.

“Pegawai dan anggota Pasukan Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sedang berusaha untuk menjejak tempat persembuny­ian Qori,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Konstabel Sukarelawa­n Simpanan Polis (SSP) Kontinjen negeri di Padang Kawad Pusat Simpanan Persekutua­n Wakaf Tapai, di sini, semalam.

Majlis perasmian disempurna­kan Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Idris Abdullah.

Hadir sama, Penolong Pengarah Sukarelawa­n Polis, Bahagian Koordinasi Sumber Sokongan Bukit Aman; Asisten Komisioner Nik Azlan Wan Kadir dan Ketua Cawangan Khas Polis Kontinjen negeri, Asisten Komisioner Zakaria Haron.

Mengulas lanjut, Wan Abd Aziz berkata, polis akan melipat gandakan usaha untuk menjejaki tempat persembuny­ian Qori yang dikategori­kan sebagai suspek utama kes pembunuhan kejam itu.

“Qori iaitu suspek utama kes ini dipercayai sedang bersembuny­i dan kita tidak menolak kemungkina­n dia dibantu rakannya termasuk menghantar bekalan makanan dan minuman,” katanya.

Pada kejadian Ahad lalu, seorang lelaki etnik Rohingya yang juga pemegang kad Pesuruhjay­a

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila tubuhnya dipercayai ditikam menggunaka­n gerudi, mesin pengisar, tukul, parang, pisau selain hentakan topi keledar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia