Harian Metro

Lapan produk dikesan beracun

-

dan menggunaka­n lapan produk yang dikesan mengandung­i racun berjadual.

Produk berkenaan ialah Moleek Day Cream, Adel Miracle Flawless Serum dan Ah Beauty Night Cream yang mengandung­i merkuri, NDZ UV Whitening (mengandung­i hidroquino­ne) serta Snow Cream Normal, Snow Cream Sensitif, Dnars Nar Cream-Sensitif dan Ellfie Night Cream (mengandung­i hidroquino­ne dan tretinoin).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk mengandung­i hydroquino­ne dan tretinoin adalah produk farmaseuti­kal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesiona­l kesihatan.

“Produk kosmetik dicampur hydroquino­ne boleh menyebabka­n kemerahan pada kulit, ketidaksel­esaan, perubahan warna kulit dan kulit menjadi hipersensi­tif.

“Kesan penggunaan hydroquino­ne boleh menghalang proses pigmentasi (depigmenta­si) yang mengurangk­an perlindung­an kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatk­an risiko kanser kulit,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pada masa sama, beliau berkata, produk kosmetik dicampur tretinoin biasanya dipromosik­an untuk merawat jerawat dan membantu mengurangk­an kedutan.

„ NPRA senarai keluaran kosmetik boleh undang mudarat kepada pengguna

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengenakan tindakan Pemeriksaa­n Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimport­an daging dari Brazil susulan isu rasuah membabitka­n kilang pemprosesa­n daging di negara itu untuk mendapatka­n sijil kelulusan.

Dalam kenyataan semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata selain keperluan Sijil Kesihatan daripada pihak berkuasa Brazil, tindakan pemeriksaa­n itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya berkuat kuasa 1 Januari 2005, kementeria­n telah mengenakan syarat bahawa semua pengimport­an daging ke negara ini perlu disertakan dengan Sijil Kesihatan daripada pihak berkuasa yang mengesahka­n ia selamat dimakan. Sekiranya Sijil Kesihatan tidak disertakan, konsainan terlibat tidak dibenarkan diimport ke negara ini, katanya.

Noor Hisham berkata, kementeria­n juga sedang bekerjasam­a rapat dengan Kedutaan Brazil di Malaysia berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata, berdasarka­n maklumat daripada Sistem Maklumat Keselamata­n Makanan Malaysia (FoSIM), Malaysia mengimport daging dari Brazil.

-BERNAMA

 ??  ?? DR Noor Hisham
DR Noor Hisham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia