Harian Metro

Rintihan dalam senyuman

-

„ Warga emas sorok derita tanggung anak hidap sindrom Down

menghidap sindrom Down sebelum memandang ke jendela dengan fikiran melayang untuk memikirkan bagaimana mengharung­i kehidupan akan datang.

Usianya yang lebih separuh abad digagahkan juga menguruska­n keluarga demi kelangsung­an hidup.

Jika harinya bertuah, maka adalah makanan pada ketika itu sebagai pengalas perut, namun apabila nasibnya malang terpaksa mencari alternatif lain.

Nasibnya pada hari itu baik apabila masih terdapat beras dan beberapa barangan basah yang dibeli tempoh hari masih bersisa sekali gus tidak perlu meminta belas ihsan jiran.

Dalam kesibukan menyediaka­n hidangan tengah hari, bil elektrik dan air tiba ke rumahnya dan dia hanya mampu tunduk dan menarik nafas panjang kerana sudah dua bulan bil tertunggak berikutan ketiadaan wang.

Sebenarnya, Lai Siong memperoleh bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan namun bulan ini ia agak sesak berikutan perlu menampung kos rawatan anaknya yang sakit. Wanita itu bukanlah seorang yang hanya bergantung kepada bantuan semata-mata apabila turut membuat kerja sambilan di pasar raya berhampira­n manakala anaknya dihantar ke rumah jiran untuk jagaan sementara. Rumah tiga bilik yang diduduki Lai Siong sejak tiga tahun lalu pula dijaga rapi dan sentiasa bersih sebagai tanda penghargaa­n kerana dibenarkan menyewa kediaman itu.

“Kediaman ini hanya ada beberapa perabot dan peralatan elektrik sahaja hasil sumbangan jiran yang terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Ketika ditanya jika rumah berkenaan tiada atau tidak disediakan oleh pihak berkaitan, Lai Siong hanya mampu menarik nafas panjang dan secara tidak langsung air matanya menitis.

Hal ini kerana, dia bagaikan hilang arah untuk mencari tempat perlindung­an dengan keadaan kehidupan semakin mencabar pasti menjadi lebih sukar untuk menghadapi hari yang mendatang.

“Hanya ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana menyediaka­n rumah untuk golongan seperti saya berlindung terutama di tengah bandar raya ini yang kos kehidupan begitu tinggi.

“Rumah ini walaupun sewa dengan bayaran RM124 namun ia cukup murah berbanding kediaman lain dan ini sahaja tempat saya ada untuk berlindung,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia