Harian Metro

Janji jaga 3 cucu sebaik mungkin

-

Kuala Pilah: “Walau apa jua sekalipun, kami tetap menjaga mereka sebaik-baiknya,” itu janji Azizah Alias, 74, dan suaminya, Awaludin Ketek, 81, untuk memelihara tiga cucunya yang yatim piatu selepas kematian ibu bapa mereka.

Mohd Daniel Iman Zakaria, 13, Nor Ain Reza Herman, 9, dan Aliff Farhan, 6, kehilangan bapanya Zakaria Mohd tahun lalu lalu akibat penyakit jantung, manakala ibunya, Sarimah Awaludin, meninggal dunia awal bulan ini akibat sawan dan serangan jantung di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).

Azizah dan suaminya yang juga orang kurang upaya (OKU) berkata, walaupun kudratnya semakin ditelan usia, dia mampu untuk membesarka­n cucu-cucunya termasuk berulang-alik menghantar mereka ke sekolah.

“Saya sayang mereka dan tidak mahu berpisah dengan cucu. Semasa hayat ibunya, sayalah menghantar dan menjemput mereka pulang dari sekolah.

“Jadi, tiada masalah apabila ibu mereka meninggal dunia kerana tanggungja­wab itu sudah lama dilaksanak­an. Cuma dari segi bantuan kewangan agak terbatas berikutan tiada sumber pendapatan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Layang, Bemban, di sini, semalam.

Dalam pada itu, kakak tiri tiga beradik ini, Noralina Abdul Rahman, 27, berkata, meskipun berlainan bapa, namun kasih sayang terhadap mereka tidak pernah berbelah bagi.

 ??  ?? ADUN Senaling, Datuk Ismail Lasim (dua dari kanan) melawat
Azizah (tiga dari kanan) di kampung Sungai Layang.
ADUN Senaling, Datuk Ismail Lasim (dua dari kanan) melawat Azizah (tiga dari kanan) di kampung Sungai Layang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia