Harian Metro

Pantas buat ‘pusingan U’

„ Pengawal peribadi Datuk dituduh cuba bunuh 5 orang awam mohon dibicaraka­n

- Muhammad Yusri Muzamir am@hmetro.com.my

Pengawal peribadi yang menghadapi tuduhan cuba membunuh lima orang awam di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, tahun lalu, menukar pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh, Ja’afar Halid, 38, yang sebelum ini mengaku bersalah menukar pengakuan itu sejurus tuduhan mengikut Seksyen 307, Kanun Keseksaan disebut semula di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Pada 14 Disember lalu, tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan sama dan pengakuann­ya itu diketepika­n, selain Ja’afar diperintah mendapatka­n rawatan kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sebulan dengan tiada jaminan ditawarkan.

Ja’afar dituduh cuba membunuh K Arivarni, 33, Puoh Bee Juoh, 32, Nurul Huda Ab Aziz, 38, Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28, dan Lee Hong Boon, 32, menggunaka­n senjata di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, pada jam 7.30 malam, 1 Disember lalu.

Roslan kemudian menetapkan 24 April depan bagi sebutan semula dan membolehka­n tertuduh melantik peguam dengan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Idris dan Lim Saw Sin.

Di mahkamah berasingan, Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid menetapkan 24 April ini untuk sebutan semula kes bunuh seorang ahli perniagaan dan dua individu lain yang turut dilakukan tertuduh di tempat dan waktu sama.

Ja’afar dituduh membunuh majikannya, Datuk Ong Teik Kwong, 32, dan dua individu lagi, Choi

Hoi Ming, 32, serta Senthil Murugiah, 38, dengan menembak menggunaka­n senjata api di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Bagi setiap kesalahan itu, Ja’afar didakwa mengikut Seksyen 302, kanun sama dan boleh dihukum mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fatin Hussin.

Sementara itu, Majistret Sharifah Izura Syed Mashor, juga menetapkan 24 April depan sebutan semula kes Ja’afar atas tuduhan mendatangk­an kecederaan terhadap seorang lelaki dalam kejadian amuk di lokasi dan masa yang sama.

Dia dituduh mendatangk­an kecederaan terhadap Lim Boon Leng, 33, dengan memukul kepalanya menggunaka­n senjata api jenis Glock 19 Gen4, di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, antara jam 7.15 malam dan 7.30 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324, kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman

itu.

 ??  ?? JA’AFAR dibawa ke Mahkamah Sesyen Georgetown, semalam.
JA’AFAR dibawa ke Mahkamah Sesyen Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia