Harian Metro

‘Tumbuk rusuk’ pusat urut

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

„ Dua bekas pembantu penguat kuasa, penolong pegawai seni bina MPSJ nafi tuduhan

Dua bekas pembantu penguat kuasa dan seorang penolong pegawai seni bina Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, semalam, atas pertuduhan menerima rasuah RM8,300, dua tahun lalu.

Tertuduh, Shah Fitri Abd Salim, 30, Muah Pudali Shukor, 37, dan Mohd Suffian Mahamad Idris, 37, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ruzilah Salleh.

Mengikut pertuduhan awal, Shah Fitri dan Muah Pudali didakwa bersetuju menerima suapan wang tunai RM800 daripada seorang lelaki supaya tidak mengambil tindakan terhadap Pusat Urut Shui Xian Beauty and Spa di sebuah restoran di Bandar Puteri Puchong, pada jam 7.15 malam 30 Julai 2015.

Ia berikutan premis itu beroperasi tanpa Lesen Pusat Kecantikan atau Perniagaan Kesihatan di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2013.

Shah Fitri turut mengha- dapi tiga pertuduhan lain iaitu bersetuju menerima wang tunai RM3,000 daripada individu itu bagi tujuan sama antara 25 Mei hingga 16 Oktober tahun sama.

Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Timbalan Pendakwa Raya Hazirah Azeman yang mengendali­kan kes menawarkan kos jaminan RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Rozilah kemudian membenarka­n jaminan RM15,000 kepada Shah Fitri yang diwakili peguam Nor Azri Mohd Arif, manakala Muah Pudali yang tidak diwakili peguam dibenarkan jaminan RM8,000.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 24 April depan.

Sementara itu, di mahkamah sama, Mohd Suffian yang masih berkhidmat sebagai penolong pegawai seni bina MPSJ didakwa menerima suapan wang tunai RM4,500 daripada seorang individu supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapny­a yang melakukan kesalahan membuat dinding sekatan dalaman di dalam premis.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Rashid Sulaiman menawarkan kos jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin warga tempatan, namun dibantah peguam Mokhzani Harris Yusof dengan alasan isteri anak guamnya itu hanya mampu membayar RM5,000.

Rozilah menetapkan jaminan RM8,000 dan tarikh 17 April depan sebagai sebutan semula kes.

 ??  ?? KETIGA-TIGA tertuduh dibawa keluar dari mahkamah.
KETIGA-TIGA tertuduh dibawa keluar dari mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia