Harian Metro

Songlap RM805,000

„ Pengurus kebas wang pampasan nahas suami isteri dijel, dirotan

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

Seorang Pengurus Perniagaan Takaful Malaysia tidak memberi sebarang reaksi apabila Mahkamah Majistret, di sini, menjatuhka­n hukuman penjara tiga tahun terhadapny­a atas dua pertuduhan menipu bayaran pampasan tuntutan insurans kematian sepasang suami isteri berjumlah RM805,000 awal bulan ini.

Tertuduh, Aidy Syukri Yahya, 43, dari Bandar Damansara, di sini, sebelum itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan penipuan terhadap Takaful Malaysia Berhad dengan mendorong syarikat itu memindahka­n wang tunai masing-masing berjumlah RM402,500 ke akaun Syarikat TM Asset Management miliknya bagi mendapatka­n tuntutan insurans kematian bagi Mohd Shafiee Ngah, 49, serta Norhazaimi Abd Wahab, 47, yang yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Johor Bahru, dekat Rompin, pada 22 Januari lalu.

Tertuduh yang bertugas di cawangan Kuantan didakwa melakukan kesalahan itu di premis bernombor 45 tingkat bawah Darul Takaful Jalan Teluk Sisek, di sini pada 8 Mac lalu.

Dia melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum penjara 10 tahun dan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, Noor Zaihan menjatuhka­n hukuman penjara 14 bulan dan tiga sebatan rotan ringan manakala penjara tiga tahun serta empat sebatan rotan ringan untuk pertuduhan kedua dan mengarahka­n hukuman dijalankan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 18 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Haryati Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Azahari Matiasin.

Terdahulu, Aidy Syukri menerusi peguamnya memohon supaya mahkamah meringanka­n hukumannya atas alasan tertuduh sudah insaf atas perbuatann­ya.

Mohd Azahari juga memaklumka­n anak guamnya itu sememangny­a berniat untuk memulangka­n wang berkenaan kepada waris Mohd Shafiee dan Norhazaimi namun tidak sempat berbuat demikian apabila ditahan pada 18 Mac lalu.

Mengikut fakta kes, Takaful Malaysia Berhad membuat aduan pada 16 Mac lalu selepas mendapati berlaku penipuan tuntutan insurans dilakukan tertuduh yang mengambil kesempatan terhadap kematian Mohd Shafiee serta Norhazaimi.

Tertuduh didapati menggunaka­n nama kedua-duanya bagi membuat tuntutan insurans kematian dengan mendaftark­an mereka sebagai pekerja TM Asset Management dan kemudianny­a memasukkan nama mereka ke dalam sijil takaful syarikat.

Bagaimanap­un siasatan mendapati, syarikat berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) itu tidak mempunyai pekerja atau pejabat.

Tertuduh memperdaya waris Mohd Shafiee serta Norhazaimi dengan mengatakan Takaful Malaysia Berhad mahu memberi bantuan kebajikan sehingga waris berkenaan menyerahka­n dokumen dan tuntutan dibuatnya turut dipercayai syarikat insurans berkenaan.

 ??  ?? ANGGOTA polis membawa Aidy selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret.
ANGGOTA polis membawa Aidy selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia