Harian Metro

Jel 7 bulan kerana cium penguat kuasa DBKL

-

Tindakan seorang penganggur mencium seorang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang bertugas menerima padah apabila Mahkamah Majistret di sini, menjatuhka­n hukuman penjara tujuh bulan terhadapny­a.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhka­n hukuman itu terhadap Cesar Jamanulla, 36, dari Kota Kinabalu, Sabah, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Tertuduh didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan maksud mahu mencabul kehormatan­nya di hadapan Hotel Ansa, Bukit Bintang, Jalan Gading dekat sini, jam 7.20 malam, 20 Februari lalu.

Bagi perbuatan itu, Cesar didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Cesar yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan perlu menanggung ibunya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal diberikan terhadap tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia