Harian Metro

Remaja mengaku tagih dadah sejak 3 tahun lalu

-

Kuala Lumpur: Ambil dadah sejak di bangku sekolah akibat pengaruh rakan. Itu pengakuan remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditahan selepas positif syabu.

Remaja terbabit antara lima individu ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menerusi Op Cegah di sekitar Pantai Dalam di sini, kelmarin.

Remaja lelaki terbabit berhenti sekolah sejak tiga tahun lalu disebabkan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran akibat ketagihan dadah.

“Saya mula mengambil syabu selepas dipelawa rakan ketika ponteng sekolah. Sejak itu saya ketagih dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran.

“Saya berhenti sekolah sebelum bekerja untuk mendapatka­n wang bagi membeli syabu. Saya mengambil dadah sekurang-kurangnya dua kali seminggu bergantung kepada pendapatan diperoleh kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Daerah Brickfield­s Nur iIzzati Naim berkata pada Op Cegah terbabit, pihaknya memeriksa lapan individu.

“Ujian air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah.

“Semua suspek lelaki berusia 17 tahun hingga 51 tahun ditahan. Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) dan 4 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998,” katanya.

 ?? Remaja lelaki ?? DUA penagih ditahan dalam Op Cegah di Pantai Dalam. Saya mula mengambil syabu selepas dipelawa oleh rakan ketika ponteng sekolah. Sejak itu saya ketagih dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran”
Remaja lelaki DUA penagih ditahan dalam Op Cegah di Pantai Dalam. Saya mula mengambil syabu selepas dipelawa oleh rakan ketika ponteng sekolah. Sejak itu saya ketagih dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia