Harian Metro

OKT cabut lari ditemui berseluar dalam

-

Ipoh : Tindakan seorang lelaki yang juga Orang Kena Tuduh (OKT) berusia 26 tahun melarikan diri ketika dibawa keluar dari lokap Kompleks Mahkamah Ipoh, di sini, hanya sia-sia apabila ditahan semula tidak sampai dua jam selepas itu.

Dalam kejadian jam 4.45 petang kelmarin itu, tindakan pantas polis menjalanka­n Op Tutup di sekitar daerah itu membuahkan hasil apabila OKT terbabit ditahan ketika bersembuny­i di dalam sebatang sungai di Silibin, di sini.

Malah, gambar menunjukka­n suspek ditahan semula juga kini tular di laman sosial memaparkan suspek yang hanya memakai seluar dalam dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek dari Buntong, di sini, dituduh di mahkamah semalam mengikut Seksyen 411, Kanun Keseksaan dan Seksyen 25(1)(n), Peraturan Pendaftara­n Negara (PPN) 1990 sebelum dibenarkan ikat jamin RM4,000 namun gagal membayar ikat jamin berkenaan.

“Ketika dibawa keluar dari lokap untuk ke dalam lori bersama 22 OKT lain, suspek meloloskan tangannya yang digari dan merempuh tiga anggota bertugas dan memanjat pagar sebelum melompat ke bahagian semak berdekatan stesen kereta api,” katanya pada sidang media selepas menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJND) Ipoh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, di sini, semalam.

 ??  ?? OKT ditahan semula dua jam selepas melarikan diri.
OKT ditahan semula dua jam selepas melarikan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia