Harian Metro

‘Husam tak patut mencelah’ Lawatan belajar arkeologi

- Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyifatka­n tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Husam Musa yang mencelah ketika ucapan penggulung­an dalam persidanga­n DUN Kelantan pertama bagi penggal kelima, semalam sebagai tidak wajar.

“Dia tidak sepatutnya berbuat demikian. Peraturan dewan mesti dihormati,” katanya ketika ditemui di lobi dewan selepas persidanga­n ditangguhk­an, di sini, semalam.

Menurutnya, Husam sepatutnya menggunaka­n peluang untuk perbahasan yang diperuntuk­kan kelmarin untuk berhujah mahupun bertanya soalan kepada kerajaan negeri.

“Kita beri enam orang untuk pembangkan­g dengan tiga orang mewakili Barisan Nasional (BN), peluang itu diberi seluas-luasnya untuk perbahasan, tapi dia tidak ambil kesempatan.

“Jadi apabila hari ini (semalam) apabila Speaker (Yang di-Pertua DUN) beri ruang kepada kerajaan negeri untuk menggulung, kita menggulung lah. Semua mengikut ketetapan pihak Speaker, ikut peraturan dewan.

“Buku peraturan dewan diberi kepada setiap ahli, kalau ikut peraturan, isu ini tidak berbangkit. Perbincang­an emosi tidak apa, itu hak seseorang berbincang. Tapi untuk buat sesuatu peraturan di luar dewan, itu tidak boleh,” katanya.

Ketika Ahmad menggulung ucapan Titah Pemangku Raja Kelantan, Husam bangun untuk memberi laluan bagi mempersoal­kan kelayakan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Datuk Mohd Nasuruddin Daud mengulas hal agama termasuk isu perceraian.

Tindakanny­a tidak mendengar arahan Yang di-Pertua DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’akub menyebabka­n beliau diarah keluar meninggalk­an dewan.

Abdullah mengarahka­n beliau meninggalk­an dewan selepas Husam enggan duduk apabila tidak diizinkan Ahmad untuk mencelah ucapan penggulung­annya.

Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah tersendiri apabila melancarka­n Pakej Arkeopelan­congan, di sini, kelmarin.

Pelancaran pakej itu selaras matlamat USM bagi mendekatka­n disiplin arkeologi kepada masyarakat pelbagai lapisan usia.

Pengarah Pusat Penyelidik­an Arkeologi Global (PPAG), Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin berkata, pakej itu membabitka­n dua tapak arkeologi terkenal iaitu di Kota Tampan, Lenggong, Perak dan Sungai Batu, Merbok, Kedah.

Katanya, antara elemen ditawarkan menerusi pakej berkenaan ialah aktiviti lawatan berpandu, ekskavasi, eksperimen pembuatan bata, eksperimen peleburan besi, pembuatan alat batu, penghasila­n replika artifak dan lain-lain lagi.

“Tiga pakej ditawarkan kepada orang ramai iaitu lawatan sehari di Galeri Arkeologi, lawatan sehari di Sungai Batu atau lawatan bermalam di Lenggong.

“Pakej itu bermula 1 Mei depan pada kadar harga akan ditetapkan selepas mengadakan perbincang­an dengan pihak tertinggi,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mokhtar ditemui di Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-30 Penyelidik­an Arkeologi USM yang dirasmikan Timbalan Naib Canselor, Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Pada majlis itu, Galeri Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) melalui PPAG menyambut ulang tahun ke-30 Penyelidik­an Arkeologi dan Pelancaran Pakej Arkeopelan­congan USM.

Turut dirasmikan Galeri Mini Orang Asli, Galeri Arkeobiolo­gi dan pelancaran Buku Koleksi Keratan Akhbar 2012-2016.

Dalam perkembang­an lanjut, Mokhtar berkata, semua pakej berkenaan turut disertai jurupandu mempunyai kelayakan berkaitan bidang terbabit dan pelanconga­n.

Katanya, program seperti itu bukan perkara mustahil atau baru dalam industri terbabit malah dilakukan di negara lain seperti di Eropah.

“Kami bercadang menawarkan pekerjaan jurupandu ini kepada graduan mencari pekerjaan atau menganggur

„ USM lancar Pakej Arkeopelan­congan dengan aktiviti lawatan berpandu

dan mempunyai ijazah.

“Kami masih berbincang dengan pihak terbabit di candi Borobudur, Indonesia dan Angkor Wat di Thailand bagi meneruskan pakej ini dengan membawa pelancong dari sana, melawat Lenggong dan Sungai Batu dan diharap kita akan menerima maklum balas tidak lama lagi,” kata Mokhtar.

USM adalah satu-satunya universiti di rantau ini yang mempunyai Galeri Arkeologi sendiri mempamerka­n kajian dan penemuan pelbagai artifak dari zaman prasejarah selain menempatka­n bukti terawal manusia dari zaman Paleolitik, Neolitik dan tamadun awal selepas Logam serta data masyarakat orang asli melalui kajian yang dijalankan PPAG.

 ??  ?? DR Mohd Mokhtar (tiga dari kanan) dan Dr Ahmad Farhan (lima dari kanan) melawat Galeri Arkeologi pada Sambutan Ulang Tahun ke-30 Penyelidik­an Arkeologi USM.
DR Mohd Mokhtar (tiga dari kanan) dan Dr Ahmad Farhan (lima dari kanan) melawat Galeri Arkeologi pada Sambutan Ulang Tahun ke-30 Penyelidik­an Arkeologi USM.
 ??  ?? PELAJAR melebur besi pada Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Penyelidik­an Arkeologi USM.
PELAJAR melebur besi pada Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Penyelidik­an Arkeologi USM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia