Harian Metro

Sasar dua Geopark diiktiraf

-

Gurun: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia menyasarka­n dua daripada lima calon Geopark Kebangsaan bakal mendapat pengiktira­fan terbabit tahun ini.

Ketua Pengarahny­a Datuk Mior Sallehuddi­n Mior Jadid berkata, ada lima geopark dicadangka­n iaitu Geopark Jerai, Geopark Lembah Kinta, Geopark Tasik Kenyir, Geopark Kinabalu dan Geopark Delta Sarawak.

Katanya, begitupun hanya dua darinya iaitu, Geopark Jerai dan Geopark Lembah Kinta dijangka mendapat pengiktira­fan kebangsaan tahun ini.

“Kita mengharapk­an Geopark Jerai dan Geopark Lembah Kinta dapat dicalonkan sebagai Geopark Kebangsaan dan mendapat pengiktira­fan itu tahun ini.

“Kedua-dua geopark ini mempunyai keistimewa­an dan tarikan tersendiri yang berbeza antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspedisi Saintifik Geotapak Jerai Geopark di Havard Suasana Hotel,Bedong, dekat sini.

Seramai 70 peserta daripada pelbagai agensi berkaitan terbabit dalam ekspedisi selama dua hari itu bertujuan mengumpul lebih banyak maklumat berkaitan kawasan geopark di Gunung Jerai.

Mior Sallehuddi­n berkata, pihaknya kini dalam proses akhir menyediaka­n laporan penilaian berkaitan Geopark Jerai sebagai dokumen pencalonan kebangsaan untuk dihantar kepada pihak penilai yang kini 95 peratus siap.

“Ekspedisi itu juga antara langkah melengkapk­an lagi maklumat sedia ada. Kami temui 25 kawasan geopark di Gunung Jerai dan untuk ekspedisi itu kami kunjungi sembilan kawasan saja antaranya Telaga Tok Sheikh, Sungai Teroi, Sungai Alor Naga dan Puteri Mandi,” katanya.

 ??  ?? MIOR Sallehuddi­n (tengah,belakang) bersama peserta Ekspedisi Saintifik Geotapak Jerai Geopark di Havard Suasana Hotel, Bedong.
MIOR Sallehuddi­n (tengah,belakang) bersama peserta Ekspedisi Saintifik Geotapak Jerai Geopark di Havard Suasana Hotel, Bedong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia