Harian Metro

‘Doakan pak cik nak’

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

Kelibatnya menghampir­i kanak-kanak untuk bersalam sambil menghulurk­an wang sedekah sudah menjadi rutin harian lelaki berusia lebih separuh abad ini sejak 23 tahun lalu.

Malah, hampir setiap hari, dia sanggup meredah perjalanan sejauh 31.3 kilometer (km) menaiki bas henti-henti dari rumahnya di Kampung Melekek Dalam, Alor Gajah ke terminal bas dan teksi Melaka Sentral semata-mata mahu memenuhi niatnya itu.

Walaupun tidak mempunyai pendapatan bulanan tetap, ia tidak menghalang Mohd Ramli Hassan, 60, menghulurk­an sedekah 50 sen sehingga RM1 kepada setiap kanak-kanak ditemui bersama ibu bapa mereka di terminal itu.

“Saya lakukan semua ini kerana sunyi sebab tak ada anak. Saya pernah berkahwin selama 12 tahun namun berpisah pada 1999 tanpa dikurniaka­n anak.

“Sebab itulah sejak 1994 lagi, hampir setiap hari saya akan mencari ibu bapa membawa kanak-kanak dan sedekahkan sedikit wang untuk hilangkan rasa sunyi.

“Sedekah dihulurkan tak besar, tetapi saya harapkan mereka mendoakan saya mempunyai anak suatu hari nanti,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Melaka Sentral, di sini, semalam.

Usaha wartawan menemui Mohd Ramli atau lebih dikenali Pak Johan, dimulakan sejak 15 Mac lalu namun hanya dapat bertemu dengannya semalam kerana

„ Gelagat warga emas sedekah duit kepada kanak-kanak curi perhatian

lokasi ‘kembara pahala’nya itu yang tidak menentu.

Bekas kerani bank itu memberitah­u, dia hanya ke Melaka Sentral dua atau tiga kali seminggu, bergantung kepada wang belanja diberi oleh ibu, bapa tiri dan adik perempuan menjaganya.

Pak Johan berkata, pada kebiasaann­ya sedekah dihulurkan kepada enam hingga 10 kanak-kanak saja sehari bergantung kepada jumlah wang dibawa bersamanya.

“Saya tidak minta untuk mendukung anak mereka tetapi cukuplah sekadar dapat bersalaman seolah-olah sudah mempunyai anak sendiri,” katanya yang sebak.

 ??  ?? PAK Johan memberi kanak-kanak duit ketika ditemui di Melaka Sentral, Peringgit.
PAK Johan memberi kanak-kanak duit ketika ditemui di Melaka Sentral, Peringgit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia