Harian Metro

KTDU tawar cuci kereta percuma

-

Seremban: Kompleks Tahfiz Darul Ulum (KTDU) di Jalan Paroi-Senawang, di sini mencipta kelainan apabila menawarkan khidmat mencuci kereta secara percuma di hadapan pusat pendidikan itu, sejak November tahun lalu.

Idea cetusan bekas Pengerusi Akademik Darul Ulum, Allahyarha­m Mohd Khairi Zainuddin yang meninggal dunia pada Disember tahun lalu.

Ketua Sektor Dana dan Pembanguna­n KTDU, Mohd Nazri Zainuddin berkata, program tanggungja­wab sosial (CSR) itu dilaksanak­an bersama beberapa kenalan arwah.

Dia yang juga adik kepada Allahyarha­m berkata, abangnya bersungguh-sungguh mahu menjalanka­n aktiviti itu dan dianggap amal jariah buat komuniti.

“Alhamdulil­lah, sudah lima bulan kami melaksanak­an program ini. Semua peralatan dan kelengkapa­n untuk mencuci diwakafkan seorang hamba Allah dari Kuala Lumpur,” katanya.

Mohd Nazri berkata, biarpun perkhidmat­an diberi percuma, orang ramai digalakkan memberi sumbangan dengan memasukkan wang dalam tabung diletakkan di pusat cucian terbabit.

“Semua wang sumbangan akan digunakan untuk pembinaan kompleks baru selain digunakan bagi program CSR yang lain,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, sepanjang pelaksanaa­n lebih 200 kenderaan sudah mendapatka­n perkhidmat­an cucian.

“Di kompleks ini, kami menempatka­n 200 murid berusia tujuh hingga 12 tahun dan mereka mengikuti pengajian agama,” katanya.

Pekerja pusat cucian terbabit, Minsya Hakimi Mohd Shahril, 22, berkata, premis dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula jam 9 pagi hingga 7 malam.

“Pada setiap bulan, kira-kira 40 kereta mendapatka­n perkhidmat­an di sini. Kami juga bersyukur dapat mengutip sumbangan orang ramai iaitu RM600 seminggu,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan kenderaan yang datang dari daerah ini dan perkhidmat­an itu kini menjadi tular di Facebook serta aplikasi WhatsApp.

Pengunjung, Syed Isa Syed Husin, 43, berkata, dia mengetahui mengenai perkhidmat­an itu sebaik dimaklumka­n rakan menerusi WhatsApp membabitka­n penduduk di tamannya.

Katanya, perkara yang menarik adalah selain dapat membersihk­an kenderaan dia juga boleh bersedekah.

“Saya tidak pernah menemui perkhidmat­an sebegini yang dibuat secara percuma. Ini kali pertama saya datang dan akan berkunjung lagi,” katanya.

 ??  ?? MINSYA Hakimi menunjukka­n tempat membasuh kereta percuma berhadapan KTDU.
MINSYA Hakimi menunjukka­n tempat membasuh kereta percuma berhadapan KTDU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia