Harian Metro

YBR siar Nuri The Series

-

Kuala Lumpur: Bank Rakyat bersama Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengadakan pratonton ‘Nuri The Series’ dengan kerjasama KRU Studios buat julung kalinya sempena sambutan Ulang Tahun ke-10 Kelab Nuri Bank Rakyat di Zoo Negara, semalam.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Abdul Rahman Kasim berkata, penerbitan siri animasi itu dibangunka­n oleh pelajar semester akhir Diploma Kemahiran di bawah tajaan YBR sebagai projek akhir.

“Animasi 38 episod berdurasi tujuh minit setiap satu itu mengisahka­n keakraban si cilik bernama Siti dan burung peliharaan­nya, Nuri. Dalam animasi itu kita dapat terapkan pelbagai pengajaran dan nilai murni kepada kanak-kanak kerana ia diselitkan dengan elemen seperti sains, alam semulajadi dan budaya menabung.

“Melalui penghasila­n animasi ini, ia secara langsung dapat melahirkan perintis muda yang berbakat dan mahir dalam mereka cipta karya animasi pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim berkata, siri animasi ini bukanlah semata-mata untuk mempromosi­kan kelab Nuri, tetapi pada masa sama dapat memberi peluang pekerjaan kepada graduan yang mempunyai latar belakang animasi 3D.

“Jadi, perancanga­n KRU Studios setakat ini adalah untuk memasarkan jenama Nuri melalui tayangan siri animasi di pawagam di mana kita akan gabungkan semua episod dan pastinya jenama Nuri dapat diedarkan di luar negara suatu hari nanti.

“Melalui kerjasama menghasilk­an siri animasi ini, ia secara langsung memberi peluang kepada graduan baharu untuk bekerja dengan pakar animasi yang bekerja dalam bidang penerbitan di peringkat antarabang­sa di KRU Academy,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Rahman (lima dari kiri) pada majlis pratonton Nuri The Series.
ABDUL Rahman (lima dari kiri) pada majlis pratonton Nuri The Series.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia