Harian Metro

Samseng pasar pagi

„ ‘Abang kawasan’ rosakkan gerai peniaga enggan bayar RM10

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

Jika enggan bayar, gerai dirobohkan dan barang jualan dirampas. Itu ugutan sekumpulan samseng yang bertindak meminta wang perlindung­an kepada peniaga hampir setiap minggu di enam pasar pagi sekitar Puchong, sejak lebih setahun lalu.

Kumpulan samseng yang menggelark­an diri sebagai ‘abang kawasan’ itu, memulakan operasi mereka seawal jam 6 pagi hingga 7 pagi iaitu ketika cuaca masih gelap dan peniaga baru membuka gerai.

Peniaga ikan yang mahu dikenali sebagai Chia, 43, berkata, samseng terbabit kebiasaann­ya datang ke pasar pada hujung minggu kerana banyak gerai yang dibuka, namun kumpulan samseng itu akan beredar selepas kawasan sekitar mulai cerah.

“Mereka meminta wang perlindung­an dengan alasan akan menjaga keamanan kawasan pasar dan mengarahka­n orangnya mengutip sampah, tetapi kami tahu mereka tipu.

“Kebiasaann­ya mereka akan meminta RM10 tetapi kami tidak mahu mereka buat kacau, jadi kami beri saja kerana samseng itu bukan datang setiap hari,” katanya ketika ditemui di Pasar Pagi Taman Kinrara 1, di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu bukan perkara baru dan ada antara peniaga yang enggan membayar bukan sahaja dirosakkan gerai mereka, malah ada yang diugut bunuh serta diacu parang di leher mereka.

Peniaga Pasar Pagi Kinrara 3 yang mahu dikenali sebagai Atan, 55, berkata, ada antara samseng yang menghalang pelanggan untuk membeli barangan peniaga yang enggan membayar wang perlindung­an kepada mereka.

Tinjauan Harian Metro di tiga pasar pagi sekitar Puchong semalam mendapati semua peniaga mempunyai pengalaman diperas ugut oleh kumpulan samseng terbabit namun ramai yang takut untuk melaporkan kepada pihak polis.

Pengerusi Jawatankua­sa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 14, Lawrence Chiew berkata, kejadian terbaru berlaku di Pasar Pagi Taman Kinrara 1, Ahad lalu, dan dia berjaya memujuk peniaga untuk melaporkan kepada pihak polis, kelmarin.

“Terdapat 110 gerai di Pasar Pagi Taman Kinrara 1 dan masih ada lima pasar yang lain. Kita tidak boleh biarkan ia berleluasa kerana hal ini bukan perkara baru yang boleh memberi peluang kepada samseng ini bermaharaj­alela.

“Saya minta peniaga di pasar bersatu untuk membantera­s isu peras ugut ini dan berani membuat laporan polis supaya ada rondaan serta pemantauan dari pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui melawat Pasar Pagi Taman Kinrara 1, di sini, semalam.

Menurut Lawrence, lima lagi pasar pagi sekitar Puchong adalah Taman Kinrara 3, Puchong Jaya, Puchong Indah, Batu 14 dan Taman Wawasan yang juga lokasi kumpulan samseng memeras ugut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias mengesahka­n pengadu ada membuat laporan polis kelmarin dan pihaknya masih menjalanka­n siasatan untuk mengenal pasti kumpulan samseng terbabit.

 ??  ?? LAWRENCE (dua dari kiri) melawat salah sebuah gerai yang diperas ugut samseng, Ahad lalu.
LAWRENCE (dua dari kiri) melawat salah sebuah gerai yang diperas ugut samseng, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia