Harian Metro

15 tahun huni rumah rosak, bocor

-

Shah Alam: Masalah bumbung bocor dan rosak di empat pangsapuri kos rendah di Bandar Pinggiran Subang, dekat sini, yang berlarutan sejak 15 tahun lalu akan diselesaik­an secepat mungkin.

Penduduk di Rumah Pangsa Seksyen 2, Rumah Pangsa Seksyen 3, Pangsa Indah dan Pangsapuri Mentari itu sudah lama mengharapk­an masalah bumbung uzur dan bocor hingga air bertakung serta mengalir masuk ke dalam rumah mereka berakhir.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara Datuk Halimaton Saadiah Bohan turun padang meninjau keadaan semua pangsapuri itu.

Menurutnya, hasil tinjauan dilakukan mendapati empat pangsapuri kos rendah itu mempunyai masalah bumbung yang teruk.

“Keadaan bumbungnya rosak dan bocor dan ini memang membimbang­kan kerana rata-rata kediaman penduduk yang tinggal di tingkat paling atas sudah hancur sehingga ada yang terpaksa berpindah.

“Lebih menyedihka­n apabila keadaan itu sudah berlarutan lebih 15 tahun dan tidak digantikan dengan yang baru,” katanya ketika ditemui selepas program itu.

Menurut Halimaton, keadaan itu turut menjejaska­n penghuni di tingkat bawah kerana air hujan yang bertakung akan mengalir masuk ke kediaman mereka sekali gus menyebabka­n kerosakan saluran elektrik.

Dalam pada itu, beliau berkata, lawatan hasil cadangan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar itu bertujuan memastikan rumah kos rendah di kawasan bandar diselengga­ra dengan baik terutama aspek kebersihan dan keselamata­n.

 ??  ?? KEADAAN bumbung rumah yang bocor di pangsapuri Bandar Pinggiran Subang.
KEADAAN bumbung rumah yang bocor di pangsapuri Bandar Pinggiran Subang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia