Harian Metro

Saksi kemalangan diminta tampil

-

Polis memohon saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan kemalangan maut membabitka­n penunggang motosikal di Persiaran Raja Muda di sini, pada 16 Mac lalu.

Saksi itu diperlukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan pelanggara­n antara mangsa, Mohd Anuar Abd Rahman, 26, yang menunggang motosikal Yamaha LC135 dan sebuah Proton Saga.

Jurucakap polis berkata, berdasarka­n siasatan awal, kejadian jam 8.40 pagi itu berlaku ketika kereta itu dalam perjalanan ke Seksyen 16 melalui Persiaran Raja Muda.

“Setibanya di tempat kejadian, motosikal itu dikatakan melanggar belakang kereta berkenaan hingga menyebabka­n mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pada waktu itu, keadaan jalan basah kerana cuaca hujan dan turut menyebabka­n lalu lintas sesak,” katanya.

Menurutnya, polis tidak menafikan mangsa hilang kawalan akibat jalan licin sebelum merempuh kereta berkenaan.

“Namun, saksi kejadian perlu tampil bagi memberi keterangan supaya kes dapat segera diselesaik­an.

“Kami yakin ada saksi melihat kejadian itu berikutan lalu lintas sesak dan dipenuhi orang awam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia