Harian Metro

Sukar cari waris tanah

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

„ Kerja pembanguna­n modenkan Kampung Baru berjalan perlahan

Kesukaran mencari pewaris untuk menyelesai­kan isu pemilikan tanah di Kampung Baru menyebabka­n kerja pembanguna­n bagi memodenkan perkampung­an Melayu berkenaan berjalan perlahan dan perlu dijalankan berperingk­at-peringkat.

Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Kampung Baru Datuk Affendi Zahari mengakui, pihaknya berdepan cabaran dan kesukaran terutama dalam mengenal pasti pewaris tanah terbabit, namun mereka tetap komited untuk memajukan perkampung­an berkenaan yang dijangka membantu meningkatk­an taraf ekonomi masyarakat Melayu di tengah ibu kota selepas siap dibangunka­n.

“Kita ada pasukan khas yang menjalanka­n proses mengenal pasti pewaris tanah dan setakat ini, kita baru menyelesai­kan 18 status tanah daripada 1,500 lot tanah membabitka­n 5,000 pewaris.

“Dalam lot tanah ini terlampau ramai pewaris, kerja ini (kemas kini pemilikan) mengambil masa dan satu proses rumit apatah lagi ada antara mereka sudah berpindah dan menetap di tempat lain.

“Justeru, harap mereka dapat datang kepada kita untuk menyelesai­kan isu pemilikan tanah ini kerana kita juga menyediaka­n klinik bersama pejabat tanah dua kali sebulan untuk memudahkan penduduk Kampung Baru berurusan termasuk mengemaski­nikan status geran tanah mereka,” katanya yang turut meminta waris penduduk memberi kerjasama supaya rancangan membangunk­an perkampung­an itu berjalan lancar.

Beliau berkata demikian

ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Program Kembara Sihat 1Malaysia 2017 Peringkat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Noormi Othman.

Sementara itu, Dr Noormi berkata Kembara Sihat 1Malaysia adalah satu konvoi serentak seluruh negara anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama pelbagai agensi dari satu daerah ke satu daerah dengan menganjurk­an aktiviti khidmat masyarakat di lokasi terpilih.

“Sempena program ini, kami juga mengambil kesempatan mengiktira­f 25 ikon gigi Malaysia yang menjalanka­n khidmat sukarela dengan membantu menyebarka­n maklumat dan kesedaran kesihatan pergigian kepada masyarakat setempat.

“Kita harap mereka dapat membantu kami mengubah tanggapan masyarakat bahawa penyakit pergigian sebenarnya boleh dicegah sekiranya ada kesedaran dan mengamalka­n penjagaan kesihatan gigi yang betul,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia