Harian Metro

Perkenal produk terbaru Ejen Ali

-

Kuala Lumpur: Siri Animasi Ejen Ali memperkena­lkan produk terbaru iaitu komik, buku aktiviti dan buku mewarna kanak-kanak bagi mengukuhka­n jenamanya dalam kalangan peminat dengan mengadakan lawatan promosi di Balai Berita New Straits Times Press (NSTP) di Jalan Riong, Bangsar, semalam.

Lawatan 20 kru penerbitan siri animasi berkenaan diketuai Pengarah Tonton, Pelesenan dan Pembaranga­n Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Airin Zainul, Pengurus Besar, Inovasi dan Edaran Primeworks Distributi­on Sdn Bhd Marini Ramlan dan Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation Sdn Bhd Usamah Zaid.

Rombongan berkenaan meluangkan masa bersama Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar dan rakan media lain.

Peminat Ejen Ali boleh mendapatka­n komik berkenaan pada harga RM5 setiap satu, buku aktiviti RM4.95 (Semenanjun­g Malaysia) manakala RM5.50 (Sabah/Sarawak) dan buku mewarna pada harga RM5.50 (Semenanjun­g Malaysia) manakala RM5.90 (Sabah/Sarawak).

Siri animasi Ejen Ali disiarkan setiap Jumaat jam 5.30 petang di TV3 dan di www.tonton.com.my. Ikuti maklumat terkini Ejen Ali di Facebook (ejenali), Instagram (ejen_ali), Twitter (ejen_ali) dan YouTube (ejenali).

>>Siri animasi Ejen Ali disiarkan setiap Jumaat jam 5.30 petang di TV3 dan di www.tonton.com.my

 ??  ?? KRU Ejen Ali mempromosi­kan komik dan buku aktiviti Ejen Ali.
KRU Ejen Ali mempromosi­kan komik dan buku aktiviti Ejen Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia